Bismillah
3.
Apakah erti 'abd (hamba)a. perkataan 'abd (hamba) boleh diertikan sebagai
sesuatu yang ditundukkan. Dengan erti ini, perkataan ini
merangkumi semua makhluk dari alam atas dan bawah, yg berakal dan tidak, yg basah & kering, yg bergerak & tetap, yg jelas & tersembunyi, yg beriman dan kafir, yg bai & jahat dan seterusnya. Kesemuanya adalah makhluk ciptaan Allah, dibawah asuhanNya, ditundukkan kepada arahanNya dan ditadbir dengan pentadbiranNya. Setiap satunya mempunyai jalannya yg tersendiri & juga oenghujung. Semuanya bergerak berlandaskan di dalam waktu yg terhad. firman Allah Ta'ala (Yaasin 36:38):
"Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."b. perkataan 'abd juga boleh diertikan sebagai
hamba yang mencintai dan merendah diri. Dengan erti ini, perkataan ini
merangkumi orang yg beriman sahaja. Mereka adalah hamba yg dimuliakan, merekalah wali-wali Allah yg bertaqwa. Mereka tidak akan berasa takut mahupun bersedih di kemudian hari.
akan bersambung lg persoalan aqidah..inshaAllah. selamat meneruskan amalan di penghujung bulan yg penuh keberkatan ini...semoga akan dikurniakan kesihatan & keringanan badan utk terus beramal kepadaNya..lillahita'ala..ameen
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 12:22 am by
~iman @ aisyah~