
Bismillah...segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. segala puji hanyalah untuk Dia, kerana diri ini masih lagi dapat meneruskan kehidupan di dunia yg sementara ini dan melalui pelbagai pengalaman serta dpt melihat dan merasai akan kehidupan ini dari pengalaman orang lain. hari ni, alhamdulillah seperti yang dirancang dengan na & ainul, dapat jua diri ini melawat ayah mas di hkl yg sedang menanggung sakit yg agak kronik. bila melawat orang sakit & mendengar penderitaan yang sedang di alami diri ini terasa insaf & kerdil...ingat akan diri yg lemah ini, entah mampu utk menanggung atau tidak sekiranya diuji sedemikian..dan terasa betapa pentingnya nikmat kesihatan yang diberi oleh Allah yg kadangkala diri ini leka untuk mensyukurinya. Ya Allah, sesungguhnya padaMu aku bermohon agar sentiasa dalam rahmatMu, sentiasa tergolong dalam golongan orang yg bersyukur & bersabar dalam apa jua keadaan..ameen. lihat keadaan mas dan abang2nya juga turut menginsafkan..tabahnya mereka & alhamdulillah kerana ayah mereka mempunyai anak seperti mereka yg cukup mengambil berat & bertanggungjawab. mudahan segala urusan mereka akan dipermudahkan Allah & sentiasa dalam lindungan Allah swt. dan mudahan mas dapat selesaikan pengajiannya dlm sem ni juga walaupun tak dapat nak menghadiri kelas sbb kena jaga abah dia 24 jam...segalanya hanya Allah yang tahu & Dialah penentu segalanya. kita sebagai hambaNya, harus terus berusaha meneruskan kehidupan di dunia ini dengan berbekalkan keyakinan pada Yang Esa.
Alhamdulillah jg sbb malam ni dapat jumpa dgn k.khaza spt yg telah dirancangkan...sebelum ni pernah rancang utk bertemu tp tak diizinkan Allah. selama setahun lebih tak jumpa rasanya & akhirnya malam ni dpt jg bertemu..yela takut2 nanti kene posting ke serawak lagi, mungkin lama lagi tak dapat bertemu. sahabat satu kolej masa degree dulu & banyak kenangan pahit manis dilalui bersama. sememangnya terasa sangat kemanisan ukhuwah yg terbina walaupun terpisah dek jarak & waktu..bak kata pepatah, walaupun jauh di mata tp dekat di hati, inshaAllah. dan sesekali jumpa rasa syahdu pula bila nak berpisah semula. inilah lumrah kehidupan, bertemu & berpisah memang tak dapat lari dari kehidupan manusia. semoga ukhuwah kita semua akan sentiasa subur sepertimana suburnya iman kita, inshaAllah..kerana segalanya bermula dari hubungan manusia dengan penciptanya. dan mohon kemaafan dengan kekurangan diri ini kerana diri ini hanyalah insan yang lemah yang seringkali leka..tegurlah & bimbinglah agar kita sama2 dapat menjadi insan yang lebih baik & tergolong dalam golongan orang2 yang dicintaiNya & dalam golongan orang yang beruntung....ameen ya Rabb
sememangnya kita merancang & berusaha, Allah juga merancang & perancangan serta ketentuan Allah itu jualah yang terbaik ke atas setiap hamba2Nya. Ya Allah, tetapkan hati kami dalam keimanan & agamaMu serta tempatkanlah diri kami dalam golongan orang2 yang sentiasa sabar & bersyukur kepadaMu...perkenankanlah doa kami Ya Allah...ameen.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 08:17 pm by
~iman @ aisyah~