Bismillah
Apakah dia jalan yg lurus yg Allah perintahkan kita supaya mengikutinya & melarang kita daripada mengikuti jalan yg lain?Jalan yg lurus ialah agama Islam yg diutuskan oleh Allah kpd para RasulNya, diturunkan kitab2nya, tidak akan diterima selain darinya dan tidak akan selamat org yg mengikuti selainnya. Orang yg mengikuti jalan lain akan sesat dan terpesong.
firman Allah Ta'ala (al-An'aam 6:153)
"Dan ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya." Terdapat sebuah hadith: nabi saw telah menggariskan satu garisan, kemudian bersabda:
"Ini ialah jalan Allah yang lurus." Kemudian baginda menggariskan garis-garis di kanan dan kirinya lalu berkata:
"Ini ialah jalan-jalan yang mana setiap jalan itu mempunyai syaitan yang memanggil orang kepadanya." Kemudian baginda saw membaca ayat dari surah al-An'aam 6:153;
"Dan ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya." sabda Rasulullah saw:
"Allah telah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus, di sebelah kanan dan kiri jalan itu terdapat pagar. Pada setiap pagar itu terdapat pintu-pintu yang terbuka. Pada setiap pintu itu terdapat langsir yang menutupnya. Di atas pintu jalan yang lurus itu ada seorang yang melaungkan, "Wahai sekalian manusia, masuklah jalan yang lurus ini, kesemua kamu dan janganlah berpecah belah." Terdapat seorang lagi di atas jalan yang lurus ini. Apabila ada orang yang hendak membuka salah satu dari pintu-pintu itu, dia akan melaungkan "tidak guna engkau, jangan buka pintu itu kerana kalau kamu buka kamu akan masuk." Jalan yang lurus itu adalah Islam, pagar itu ialah hudud (undang-undang) Allah, pintu-pintu yang terbuka itu ialah larangan-larangan Allah, orang yang melaungkan di pintu jalan ialah Al-Quran dan orang yang melaungkan di atas jalan itu ialah pemberi peringatan dari Allah di dalam setiap jiwa orang yang beriman." (HR Ahmad-dr sumber yg sahih)
alhamdulillah, ni sedikit ilmu yg baru dapat masa kelas akidah ahad baru ni...inshaAllah akan sambung lg utk sikit pengisian lg..cume ustaz ade sebut hari tu, kalau kita nak sentiasa atas jalan Allah yang lurus ni..kene ada usaha dari diri kita sendiri...yang pertamanya, mesti ada ilmu & seterusnya dari ilmu yg bermanfaat tu, kita amalkan dengan ikhlas & berlandaskan syariat. juga perlu banyakkan doa agar kita sentiasa dipimpin Allah & ditunjukkan jalan yang lurus...seperti yang selalu kita baca setiap kali dalam solat, (al-Fatihah 1:6);
"Tunjukilah kami jalan yang lurus".
perlu banyak berdoa kerana manusia seringkali diuji dengan godaan syaitan & nafsu...setiap orang lain ujiannya..ustaz ada sebut, sebagai contoh, orang yang banyak ilmu godaan syaitan lain caranya..mungkin lebih kepada penyakit hati seperti riak, ujub dan sebagainya yang merasakan diri hebat dek ilmu & amal yang banyak..yang akhirnya die akan melihat orang lain rendah atau tidak sehebat dia. bagi orang yang sudah terbiasa dengan maksiat, syaitan akan kata, buat ape nak taubat, kau dah buat banyak dosa..nak taubat pun dah tak guna...tapi di sini, kita kena ingat yang Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dia akan mengampunkan dosa2 hambaNya yang bertaubat kepadaNya selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong, selagi belum matahari terbit dari arah barat..kerana memang manusia itu seringkali lupa & alpa. dan Allah memang suka pada hamba2Nya yang kembali kepadaNya setelah melakukan kesalahan, yang benar2 insaf & bertaubat kepadaNya. semua ini perlukan kekuatan...inshaAllah sama2 kita mohon dari Dia agar diberikan kekuatan untuk meruskan hidup di dunia yang sementara ni dalam redhaNya. mudahan kita semua sentiasa di bawah naungan keampunan Allah SWT & sentiasa di atas jalan yang diredhaiNya...ameen Ya Rabbal 'Aalamin.