Thursday, January 06, 2005
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

just copy & paste some quote yg diberikan oleh fid..shukran krn menjadi sahabah untuk diri yg serba kekurangan ni..semoga kasih sayang dalam persahabatan ini sentiasa dalam rahmat Allah....ameen
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah;
Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi
Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan
~~~~~~~~~~~~~
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia). Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya." Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.
(Ali-Imran:3:8-9)
semoga akan terus ditempatkan di kalangan orang2 yang sabar, memperoleh kebaikan di dunia lebih2 lagi di akhirat sana & dengan diri yang sentiasa terpimpin di atas jalan yang diredhaiNya...ameen
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 12:11 pm by
~iman @ aisyah~