Bismillah

Apakah dalil bagi Ihsan daripada Al-Quran dan al-Sunnah?
Firman Allah Ta'ala (al-Baqarah 2:195)
"Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
Firman Allah Ta'ala (al-Nahl 16:128)
"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."
Firman Allah Ta'ala (Luqman 31:122)
"Dan barangsiapa yang meneyrahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh."
Firman Allah Ta'ala (Yuunus 10:26)
"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya."
Firman Allah Ta'ala (al-Rahmaan 55:60)
"Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan."
Sabda Rasulullah saw
"Sesungguhnya Allah tekah mewajibkan Ihsan ke atas segala sesuatu."
(HR Muslim)
Sabda Rasulullah saw
"Amat beruntunglah seorang hamba yang wafat dalam keadaaan dia berihsan (berbuat baik) dalam beribadah terhadap Allah dan berihsan (berbuat baik) dalam berurusan dengan tuannya, beruntunglah dia."
(HR Muslim)
Apakah Ihsan dalam ibadah?
Rasulullah saw telah menghuraikan Ihsan itu dalam hadith Jibril apabila Jibril bertanya: Maka beritahulah aku tentang Ihsan. Jawab Baginda saw: Bahawa kamu beribadat seolah-olah kamu melihatNya. Sekiranya kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu.
(HR Muslim)
Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa Ihsan mempunyai 2 peringkat yang berlainan iaitu:
- Peringkat yang tinggi : Beribadat kepada Allah seoalh-olah kamu melihatNya. Ini dinamakan peringkat al-Musyahadah (penyaksian) di mana seseorang hamba itu beramal mengikut penyaksiannya terhadap Allah Ta'ala dengan hatinya, iaitulah hatinya dipenuhi cahaya iman, memancar basirah (kejelasan) ilmu pengetahuannya sehinggakan perkara yang ghaib menjadi seperti perkara yang dilihat. Inilah hakikat peringkat Ihsan.
- Peringkat kedua : al-Muraqabah (pemantauan) iaitu seseorang hamba itu beramal dengan merasakan bahawa Allah Ta'ala memerhatikannya, melihatnya dan dekat dengannya. Sekiranya hamba itu merasakan perkara ini dalam amalannya dan melaksanakan amalannya di atas perasaan ini, dia adalah mukhlis (mensucikan ibadah) kepada Allah. Ini kerana perasaan ini menegahnya daripada berpaling kepada selain Allah Ta'ala danmenegahnya dari menuju kepada selain Allah Ta'ala dalam amalannya.
Ahli kedua-dua peringkat ini berbeza berdasarkan kepada tahap pancaran basirah (kejelasan) ilmunya.
Semoga diri kita akan sentiasa dalam pimpinan Allah dan memperoleh ketenteraman hati dalam beribadah kepadaNya serta memperoleh rahmat dariNya.. ...ameen
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati akan menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik." (al-Raad 13:28-29)
Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.....ameen
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 07:01 pm by
~iman @ aisyah~