Bismillah...

sambungan..
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan utk menulis pengisian dr kelas akidah..so, dr entry sebelum ni, dr dalil kita tahu bahwa doa merangkumi semua ibadah. doa bolah terbahagi kpd 2 means dr sudut pengabdian (ibadah) dan permintaan (masalah) yg mana permintaan ini juga adalah ibadah & sesungguhnya kita yg berhajat kepada Allah. ustaz juga ada sebut yg setiap zikir nabi berbentuk doa samada Baginda angkat tangan ataupun tidak cth doa masuk keluar toilet. dan hadith yg terakhir tu mengingatkan kita tentang pesanan Rasulullah supaya kita bear in our mind, kalau nak berdoa tu ada syarat2nya kerana Rasulullah juga pernah bersabda
'jangan sebut benda2 yang tak baik' dan kena doa berterusan walaupun belum nampak hasilnya...means jgn putus asa.
so, 2 syarat seterusnya supaya doa kita diterima
5. Hendaklah berdoa dengan penuh kesungguhan, kecekalan dan ketabahan. Doa mestilah dilakukan dgn penuh kesungguhan dan keyakinan. Rasulullah saw telah memberi garis panduan kpd kita dengan sabdanya;
"Apabila seseorang dari kamu berdoa, hendaklah dia bersungguh dalam permintaanya dan jangan sekali-kali dia berkata; Ya Allah sekiranya kamu hendak, bagilah kepadaku. Sesungguhnya tiada siapapun yang memaksaNya."
(Riwayat Al Bukhari)
Sabda Nabi saw lagi;
"Berdoalah meminta dari Allah dalam keadaan kamu semua yakin akan dimakbulkan. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak akan memeprkenankan doa dari hati yang lalai dan alpa."
(Riwayat al Tarmizi dan al Hakim)
6. Memastikan makanan, minuman dan pakaian adalah halal. Rasulullah saw telah bersabda di dalam sebuah hadith;
"Wahai manusia sekalian, sesungguhnya Allah adalah suci dan tidak akan menerima kecuali yang suci sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan perintah yang serupa terhadap para rasul. Maka firmanNya: Wahai para Rasul sekalian, makanlah dari perkara-perkara yang suci dan beramallah perbuatan yang saleh sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan firmanNya lagi: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari perkara-perkara baik yang Kami berikan kepada kamu.
Kemudian Baginda menceritakan tentang seorang lelaki yg jauh mengembara, kusut rambutnya lagi penuh debu, dia mengangkat kedua tangannya ke arah langit seraya berkata, 'Ya Tuhanku, Ya Tuhanku..', sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram serta dia telah dibesarkan dengan haram, maka bagaimanakah akan dimakbulkan dengan itu?"
(Riwayat Muslim)
..walaupun kita tahu antara doa yg mudah Allah perkenankan adalah doa org yg bermusafir tapi klu ianya tidak memenuhi syarat means tak suci makan minumnya serta pakaiannya, bagaimana Allah ingin memakbulkannya...inshaAllah bersambung lagi..
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 08:03 am by
~iman @ aisyah~