sambungan sikit lagi tentang kewajipan berdoa..
dari firman Allah Ta'ala di dalam surah Ghafir/Mukmin (40:60)
"Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaku, nescaya akan kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
pasti akan ade orang bertanya, 'kenapa doa aku tak dimakbulkan lagi. da banyak da aku berdoa, tapi takde ape2 pun, sedangkan Allah kata Dia akan perkenankan sesiapa yg berdoa kepadaNya?' na'uzubillah.. sesungguhnya kita kena yakin bahawa Allah itu Maha Adil, Maha Pemurah Lagi Mengetahui segalanya, Dia menngetahui ape yg terbaik buat hamba2Nya .
sekiranya doa kita tidak nampak dimakbulkan lagi sedangkan kita telah memenuhi keenam-enam ciri2 utk doa diterima, apakah sebenarnya yang terjadi???
persoalan ini telah diterangkan oleh Rasulullah saw. Baginda menerangkan bahwa kita mestilah meyakini bahwa orang yg berdoa tidak akan rugi, bahkan dia sentiasa berada di dalam keuntungan seperti berikut:
pertama: dia akan mendapat pahala kerana doa adalah ibadah
kedua: doanya akan diterima dlm salah satu dari 3 bentuk yg diterangkan di dlm hadith berikut:
"Tidak seorangpun muslim yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memeutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya."
(Riwayat Ahmad)
Rasulullah pernah bersabda; orang beriman ini ajaib urusannya, kalau diberi kebaikan dia bersyukur, kalau diberi keburukan dia bersabar. moga kita digolongkan dalam golongan org2 yang sentiasa bersyukur & bersabar dalam apa jua keadaan...ameen
antara doa yang terdapat dalam sunnah Rasulullah saw:
"Ya Allah, aku memohon hidayah dan takwa dan maruah serta kekayaan"
(Sahih Muslim)