...~ "Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer."
"When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death." [Sahih Bukhari] ~...
diri ini... hanyalah seorang pengembara di bumi Allah... tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu... dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali... sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah... moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. All praises and thanks are Allah's, the Lord(Rabb) of the 'Alamin (mankind, jinn and all that exists). The Most Graciuos, the Most Merciful. The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e the Day of Resurrection). You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything). Guide us to the Straight Way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger, nor of those who went astray.
al-Fatihah 1-7
~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud, "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka."
- Abu Daud -
~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
"Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya."
-Riwayat Ahmad-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk....ameen
-Sahih an Nasai-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri
(al-Ahqaaf 46:15)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"This day I have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion" (Al-Maidah 5:3)
Istiqomah: Berpegang teguh kpd Al-Quran & Al-Sunnah secara berterusan
Istiqomah: Berpegang teguh kpd Al-Quran & Al-Sunnah secara berterusan
Bismillah...
skit ilmu dr kelas akidah;
1. Kembali kepada Al-Quran & As-sunnah pd zaman ini pasti merupakan satu perkara yg asing lagi ganjil dari kebiasaan masyarakat. Tetapi inilah hakikatnya bg sesiapa yg melaksanakan perkara tersebut iaitu kembali kpd al-Quran & As-sunnah di mana dia pasti akan berdepan dgn kesukaran ini. Sabda Rasulullah SAW:
" Agama itu telah bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing. maka ganjaran sepohon pokok di dalam syurga bagi orang-orang asing, iaitulah mereka yang memperbaiki apa yang telah di rosakkan manusia selepasku daripada sunnahku."
(sunan at-tirmidzi)
di dlm sebuah hadith, seorang sahabat telah bertanya kpd Rasulullah saw ttg satu perkara asasi di dlm Islam yg tidak perlu ditanya sesiapapun selain Baginda. Lalu baginda telah menjawab dgn sabdanya:
"Sebutlah, 'Aku beriman dengan Allah.' kemudian berpegang teguhlah dengannya."
(Sahih Muslim)
Istiqamah di dalam perlaksanaan ibdaha ini, khususnye yg berteraskan al-Quran & as-sunnah mestilah diwujudkan oleh setiap individu sehinggalah dia didatangi oleh keyakinan. Firman Allah Ta'ala di dalam surah Al-Hijir (15:99);
"Dan hambakanlah dirimu kepada Allah sehinggalah datang kepadamu keyakinan."
keyakinan yg dimaksudkan di sini ialah: maut dan bukannya ma'rifat.
2. Yang penting dan mesti dilakukan ialah berpegang teguh kpd al-Quran dan as-Sunnah. Walaupun individu itu bersendirian dalam melaksanakan kebenaran, dia masih dinamakan al-jamah yg akan terselamat dari neraka. Firman Allah ta'ala dalam surah An-Nahl (16:120)
"Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan selalu berpegang kepada kebenaran (dan tidak meninggalkannya). Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah."
Ibnu Mas'ud ra telah berkata: "Sesungguhnya al-jamaah ialah apa sahaja yang menepati ketaatan terhadap Allah."
3. Islam tidak mementingkan kuantiti tetepi ia mementingkan kualiti. Yang haq tetap haq walaupun yang mendokongnya seorang sahaja, dan yang batil itu tetap batil walaupun yang mendokongnya 99%. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Mulk (67:2)
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun."
imam Al-Fudhail bin 'iyaadh ra telah berkata dalam mentafsirkan ayat di atas:
yang bermaksud: "seikhlas-ikhlasnya dan setepat-tepatnya"
beliau ditanya apakah maksudnya dengan "seikhlas-ikhlasnya dan setepat-tepatnya"?
maka beliau pun menjawab: "sesungguhnya amalan itu, sekiranya ikhlas tetapi tidak tepat, ia tidak akan diterima. dan sekiranya ia tepat tetapi tidak ikhlas, ia tidak akan diterima. dan yang ikhlas itu ialah yang dilakukan demi kerana Allah manakala yang tepat itu ialah yang dilakukan berlandaskan kepada al-sunnah."
Al-Quran menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan kpd yg banyak ialah kesesatan dan begitulah sebaliknya. Firman Allah ta'ala dalam surah al-An'aam (6:116);
"dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini nescaya mereka akan meyesatkan mu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)."
di dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda:
"Apabila Allah mencipta syurga, Dia telah berkata kpd Jibril {Pergilah dan lihatlah kepadanya}. Jibril pun pergi dan melihatnya, kemudian dia pulang seraya berkata, "Wahai Tuhanku, demi kemuliaanMu, tidak seorangpun mendengar tentangnya kecuali akan memasukinya.' Kemudian Dia (Allah) telah meletakkan di sekelilingnya(syurga) dengan perkara2 yang dibenci, lalu Dia berkata kepada Jibril {Wahai Jibril, pergilah dan lihatlah kepadanya}. Jibril pun pergi dan melihatnya, kemudian dia pulang seraya berkata, "Wahai Tuhanku, demi kemuliaanMu, aku amat takut sekiranya tidak seorangpun akan memasuki.' Berkata Nabi: Dan apabila Allah mencipta neraka, Dia telah berkata {Wahai Jibril, pergilah dan lihatlah kepadanya}. Jibril pun pergi dan melihatnya, kemudian pulang danberkata, "Wahai Tuhanku, demi kemuliaanMu, tidak seorangpun mendengar tentangnya kemudian akan memilih untuk memasukinya.' Kemudian Dia (Allah) telah meletakkan di sekelilingnya(neraka) dengan perkara2 yang menepati nafsu syahwat, lalu Dia berkata {Wahai Jibril, pergilah dan lihatlah kepadanya}. Jibril pun pergi lalu melihatnya, kemudian dia pulang seraya berkata, "Wahai Tuhanku, demi kemuliaanMu, aku amat takut sekiranya tidak tinggal seorangpun kecuali memasukinya.'
(Sunan Abu Daud)
semoga kita dikurniakan kebaikan dunia lebih2 lagi di akhirat sana & dijauhkan dari azab api neraka...ameen ..inshaAllah bersambung lg..
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...