Bismillah

4. Istiqomah hendaklah dimulakan oleh diri kita sendiri. Apa yang dipelajari mestilah diterapkan dan diserapkan ke dlm hayat kita. Firman Allah Ta'ala di dalam surah al-Saff (61:3)
"Wahai orang-orang yang beriman kenapakah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan? Amat besar kemurkaannya di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuau yang kamu tidak lakukan."
kat sini ustaz ada tanye, macammane pulak kalau satu kes tu, ade org tanye pada seseorang yg ade ilmu tapi dia tak sampaikan/terangkan sebab dia tak amalkan..means bila kaitkan dengan ayat di atas. then, adelah sorang akhi ni jawab, kene sampaikan juga sebab ade hadith Rasulullah saw yang mengatakan
'sampailah dariku walau satu ayat'. pastu tak ingat ustaz keluarkan satu lagi dalil (inshaAllah cube check blk nanti) yg membuatkan kitaorg berpk petang tu..masing2 wonder why:) ...so macam mane tu????
pastu ustaz terangkan yang kita sebenarnya ada dua kewajipan...pertama pada diri sendiri & yg kedua pd orang lain..dan kedua2nya tidak bersandar antara satu sama lain.
|
kewajipan |
1 |
2 |
3 |
4 |
|
pada diri |
/ |
/ |
x |
x |
|
pada orang lain |
/ |
x |
/ |
x |
dari jadual kat atas ni, the best is kalau kita dapat amalkan ilmu & sampaikan pada manusia lain iaitu point no 1. no 2 tu kurang baik dari no 3 sebenarnya sebab walaupun dia tak amalkan tapi die masih berkewajipan utk sampaikan pada orang lain...mcm kisah imam Ahmad yg saya cube ringkaskan kt sini, yang mengatakan orang yang berilmu lebih baik dari org yang beribadat kerana dia boleh ber'islah' kpd orang lain. & no 4 tu memang da kire out of list...so apepun mulakan dari diri sendiri & cube sampaikan jg kpd org lain..jangan kite nk jadikan alasan utk tidak sampaikan ilmu yg kite tahu kpd org lain sekiranya kita tahu...wallahualam
Amalan mestilah berterusan walaupun sedikit krn inilah sebaik-baik amalan di sisi Allah. Sabda Rasulullah saw:
"Sebaik-baik amalan di sisi Allah Ta'ala ialah yang berterusan walaupun sedikit."
(Sahih Bukhari)
Seterusnya disusuli dgn keluarga terdekat, sahabat handai & masyarakat dgn menyampaikan al-haq yang telah kita pelajari kpd mereka sedaya upaya, mengikut kesesuaian masa, situasi dan pemikiran. Firman Allah Ta'ala dalam surah a-Tahrim (66:6)
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu. Penjaganya ialah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Di dalam sebuah hadith Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan (hidayah) dia mendapat ganjaran seperti ganjaran-ganjaran mereka yang mengikutinya tanpa dikurangkan ganjaran-ganjaran mereka walaupun sedikit. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan dia mendapat dosa seperti dosa-dosa mereka yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa-dosa mereka walaupun sedikit."
(Sahih Muslim)
Di dalam sebuah hadith lain, Rasulullah saw telah berpesan kpd Ali bin Abi Talib, dan di antara pesanannya ialah;
"Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah disebakan kamu, kepada seorang lelaki adalah lebih baik untukmu daripada memilki unta-unta merah."
(Sahih Bukhari)
* unta2 merah bg zaman arab dahulu merupakan kesukaan mereka sbb satu harta yg amat tinggi nilainya
Alhamdulillah sebab dapat jg letakkan entry ni dalam keadaan yang hanya Dia yang tahu...inshaAllah akan besambung satu lagi point ttg istiqamah ni.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 12:13 am by
~iman @ aisyah~