sambungan akhir...istiqamah
Bismillah..

Istiqomah akan membuahkan ketenangan yg nyata bg pengamalnya, khususnya ketika menghadapi maut. Ini berdasarkan firman Allah Ta'ala dlm surah Fussilat: (4130);
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENGATAKAN,"TUHAN KAMI IALAH ALLAH." KEMUDIAN MEREKA MENEGUHKAN PENDIRIAN MEREKA, MAKA MALAIKAT AKAN TURUN KEPADA MEREKA (DENGAN MENGATAKAN), 'JANGANLAH KAMU MERASA TAKUT DAN JANGANLAH KAMU MERASA SEDIH, DAN BERGEMBIRALAH KAMU DENGAN (MEMPEROLEHI) SYURGA YANG TELAH DIJANJIKAN ALLAH KEPADAMU"
-Meneguhkan pendirian di sini means istiqamah. Allah akan hantar malaikat untuk mententeramkan hati org2 beriman semasa saat kematian mereka
Firman Allah Ta'ala algi dalam surah al-Ahqaf (46:13-14);
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENGATAKAN,"TUHAN KAMI IALAH ALLAH." KEMUDIAN MEREKA MENEGUHKAN PENDIRIAN MEREKA INI MAKA TIADA KETAKUTAN TERHADAP MEREKA DAN TIDAK PULA MEREKA BERDUKACITA. MEREKE INILAH PENGHUNI-PENGHUNI SYURGA, MEREKA KEKAL DI DALAMNYA; SEBAGAI BALASAN ATAS APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN.
Orang yg benar2 beriman akan dikurniakan penetapan di dunia & di akhirat. Firman Allah Ta'ala di dlm surah Ibrahim (14:27);
"ALLAH MENEGUHKAN (IMAN) ORANG-ORANG YANG BERIMAN DENGAN UCAPAN YANG TEGUH ITU DALAN KEHIDUPAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT."
-ucapan yg teguh means kalimah tayyibah (LAAILAAHAILLALLAH)
Rasulullah saw telah memberitahu kita bahwa amalan yg dikira ialah amalan terakhir dialkukan ielh seseorang. Sabdanya:
"Amalan-amalan itu bergantung kepada kesudahannya."
(Sahih Bukhari)
Jadi, demi utk memastikan amalan terakhir ini adalah soleh, kita mestilah memperbanyakkan dan meneruskan amalan2 soleh selagi hayat di kandung badan. Ini kerana, kebiasaannya means 80-90% seseorg itu akan mati dalam amalan yg sering dilakukannya, sama ada baik mahupun buruk.
ini bertetapan ngan Sabda Rasulullah saw yang menyuruh agar kita memperbanyakkan amal kebajikan agar mati dlm husnul khatimah;
"Hendaklah kamu melakukan kebajikan, sesungguhnya ia akan mengelakkan (melarang) dari kematian yang keji/buruk. Dan hendaklah kamu melakukan sedekah secara rahsia, sesungguhnya ia memadamkan kemarahan Allah 'Azza wa Jalla."
~ Alhamdulillah segala puji bg Allah..moga akan terus dalam pimpinanNya & di bwh rahmat kasihNya....ameen ~
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 11:05 pm by
~iman @ aisyah~