Bismillah...




just want to share beberapa hadith yg baru belajar dr kelas akidah..alhamdulillah very intresting & knowledgable hadith yg menceritakan tentang umat akhir zaman...iaitu golongan asing means ciri2 org asing & ganjaran bg mereka..before that.sape golongan asing ni?? golongan asing @ orang asing ni adalah mereka yg berpegang pada Quran & Sunnah yang pada akhirnya mereka ni menjadi asing bukan saja pada org kafir tp juga di kalangan umat islam itu sendiri...
Sabda Nabi dalam riwayat Muslim
"Sesungguhnya Islam telah bermula dalam keadaan asing dan ia akan kembali menjadi asing sepertimana ia mula. Maka sepohon pokok di syurga (sebagai ganjaran) bagi orang2 asing itu."
dalam riwayat lain,
"Sepohon pokok (sebagai ganjaran) bagi orang-orang asing itu. Maka ditanya; Siapakah mereka wahai Rasulullah? jawab Baginda; Mereka ialah orang2 yg saleh di kalangan jumlah manusia rosak yg banyak, orang yg mengingkari mereka lebih banyak dari orang yang mentaati mereka."
(Musnad Ahmad)
dalam riwayat lain,
"Sesungguhnya agama ini telah bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing. Maka sepohon pokok di syurga (sebagai ganjaran) bagi orang2 asing itu. Mereka ialah orang2 yang memulihkan sunnahku yang telah dirosakkan oleh manusia selepasku."
(Sunan Tirmidhi)
secara meneyeluruh, orang2 asing ni mempunyai ciri2 berikut:
1. beramal saleh yang menepati ikhlas means for the sake of Allah & juga menepati sunnah
2. menghidupkan, mempertahankan serta menyebar sunnah Rasulullah saw
dalam sebuah hadith, Rasulullah saw telah menerangkan ganjaran bagi mereka yang berpegang dengan ajaran Islam di akhir zaman spt berikut:
"Daripada Abu Umayyah al Sya'bani berkata, "Aku telah datang kpd Abu Tha'labah al Khusyani dan bertanya: Bagaimanakah tafsiran kamu terhadap ayat ini (Wahai orang beriman, jagalah diri kamu, dan janganlah orang yang sesat itu memudaratkan kamu setelah kamu diberi hidayah). Katanya: Demi Allah, sesungguhnya kamu telah bertanya kepada Rasulullah saw lalu Baginda menjawab, 'maksudnya ialah: hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran sehinggalah apabila kamu melihat ketaatan terhadap rasa tamak, ikutan terhadap hawa nafsu, mendahulukan dunia dan rasa bangga seseorang itu terhadap pendapatnya; di masa itu hendaklah kamu menjaga diri kamu sendiri dan tinggalkanlah hal orang lain. Sesungguhnya di belakang kamu kelak merupakan hari-hari yang memerlukan kesabaran. Kesabaran di masa itu seperti memegang bara api. Orang yang beramal dengan Islam di masa itu mendapat pahala lima puluh orang yang beramal seperti amalan kamu sekarang (sahabat)." berkata Abdullah bin al Mubarak: seorang perawi selain Utbah telah menambah- ada orang bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah pahala lima puluh dari kalangan kami (sahabat) atau dari kalangan mereka? jawab Rasulullah "bahkan pahala lima puluh dari kalangan kamu (sahabat)."
(Riwayat imam Tirmidhi)
perbandingan dahulu & sekarang...
islam telah bermula dalam keadaan asing. Rasulullah saw telah diutuskan membawa Islam yg berlandaskan Tauhid di dalam masyarakat Arab yang ditenggelami oleh syirik. Dengan itu, dakwah baginda adalah sangat asing dgn keadaan org Arab waktu itu.
Rasulullah saw memberitahu kita bahwa di akhir zaman means kita termasuk dalam tempoh ni...keadaan akan kembali seperti permulaan dakwah Islam. Syirik akan berleluasa, Tauhid akan menjadi perkara asing. Apabila Tauhid dinodai unsur2 syirik, syariah jg turut ternoda & rosak. ini kerana bahwa aqidah tauhid adalah teras syariah yg suci dari unsur2 syirik & bida'ah.
Islam adalah suatu agama yg asing di kalangan agama2 lain...di dalam Islam itu sendiri, ASWJ (ahli sunnah wal jamaah) juga adalah asing di kalangan pecahan golongan-golongan Islam yang lain....
so pengajarannya...tak kisahla kalau kita dikatakan asing dalam zaman sekarang ni krn Rasulullah sudah menggambarkan kpd kita tentang keadaan ini..yg pnting kita cuba praktikkn 2 point td ie 1. beramal saleh dgn ikhlas & juga menepati sunnah
2. menghidupkan, mempertahankan serta menyebar sunnah Rasulullah saw
& bersabarlah kite dengannya walaupun ianya sukar hingga diibaratkan memegang bara api...inshaAllah mudahan kita dapat memperbaiki diri kita & terus istiqamah dalam perkara ini....ameen
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 01:47 am by
~iman @ aisyah~