Berapakah bahagian maksiat/dosa
Bismillah..
1. Berapakah bahagian maksiat / dosa
maksiat/dosa terbahagi kpd dua iaitu kecil iaitu al sayyiaat (yg buruk) dan besar iaitu al muubiqaat (yg menghancurkan).
2. Apakah yg menghapuskan dosa kecil/ sayyiaat
Firman Allah Ta'ala (al Nisaa' 4:31)
"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalhan-kesalahanmu (dosa kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia."
Firman Allah Ta'ala (Huud 11:114)
"Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan yang buruk."
Allah ta'ala telah menjelaskan bahawa dosa kecil dihapuskan dengan melakukan kebaikan dan menjauhkan diri dari dosa besar. Inilah juga yang terdapat dlm hadith:
"Dan susulkanlah keburukan itu dengan kebaikan, ia akan menghapuskannya." (al Tirmidhi)
Terdapat juga dlm hadith2 penjelasan tentang penghapusan dosa kecil spt; menyempurnakan wudhu' di waktu yg dibenci, berjalan ke masjid, solat 5 waktu, solat Jumaat. puasa Ramadhan, qiwam Ramadhan, qiyam al qadr, puasa 'Asyura dan lain2. Kebanyakan hadith2 ini mengaitkannya dengan peninggalan dosa besar. Jadi wajarlah dikaitkan hadith2 lain dengan kaitan ini di mana peninggalan dosa besar menjadi syarat untuk dihapuskan dosa kecil dengan amalan-amalan baik.
3. Apakah dosa besar?
Terdapat beberapa pendapat dlm menghuraikannya, antaranya ialah;
- dosa yg ada hudud
- dosa yg disusuli laknat, kemurkaan, neraka atau azab
- dosa yg menunjukkan pembuatnya tidak menghormati agama, kurang takutnya kepada Allah
terdapat hadith2 sahih yg menjelaskan sejumlah dosa sebagai dosa besar dan ianya berbeza dari sudut peringkatnya seperti berikut:
- kufur besar seprti syirik dan sihir
- dosa besar seperti membunuh, berpaling dalam peperangan, makan riba, makan harta anak yatim, menipu, menuduh zina, minum arak, derhaka kepada ibubapa dan lain2
Ibnu Abbas berkata: Jumlah 70 lebih tepat daripada 7
maksudnya, selepas kajian kita akab dapati dosa besar itu lebih daripada 70. Sekiranya di hitung juga dosa besar yg disusuli laknat, kemurkaan, azab dan peperangan atau lafaz-lafaz ancaman ianya adalah banyak sekali.
sumber dr kelas akidah (4/137)....inshaAllah bersambung...