Perkara yang menghapuskan semua dosa kecil & besar
Bismillah...

Apakah perkara yang menghapuskan semua dosa kecil & besar?
Semua dosa ini dihapuskan oleh
taubat yg suci*. Firman Allah Ta'ala (al Tahrim 66:8) yang bermaksud;
"Hai orang2 yg beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai."
Firman Allah Ta'ala dalam al Furqan 25:70;
"Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal salih, maka kejahatan meeka diganti Allah dengan kebajikan."
Firman Allah Ta'ala (ali Imraan 3:135-136) yg bermaksud;
"Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang ada di dalamnya mengalir sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal."
Sabda Rasulullah saw:
"Taubat itu menghapuskan dosa sebelumnya."
Sabda Rasulullah saw:
"Allah amat gembira terhadap taubat hambaNya melebihi kegembiraan seorang lelaki yang singgah di tempat yang bahaya bersama untanya yang mengandungi makanan dan minumannya lalu dia tidur sejenak. Apabila dia bangun, untanya telah hilang dan dia ditimpa kepanasan dan dahaga. Selepas mencari, dia berkata, 'Baik aku pulang ke tempat itu'. Diapun pulang dan tidur. Apabila dia bangun dia dapati untanya ada di sisinya."
*
Apakah itu taubat yang suci?
Taubat yg suci ialah taubat yg benar yg merangkumi 3 ciri-ciri ini:
- meninggalkan dosa
- menyesal terhadap dosa itu
- berazam agar tidak kembali melakukan dosa itu
Sekiranya dosa itu mengandungi kezaliman terhadap muslim, hendaklah dia minta maaf setakat kemampuannya. Ini kerana orang yang dizalimi itu akan menuntut pembalasannya pada hari kiamat kelak jika dia tidak meminta maaf darinya. Ini merupakan kezaliman yang tidak akan dibiarkan oleh Allah Ta'ala.
Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang mempunyai kezaliman terhadap saudaranya, hendaklah dia meminta maaf darinya hari ini sebelum datangnya hari yang tiada dinar mahupun dirham. Sekiranya dia mempunyai kebaikan, akan diambil dari kebaikannya. Sekiranya tidak, akan diambil keburukan saudaranya dan dilemparkan kepadanya."
~ Semoga kita akan sentiasa memperbaiki diri ke arah yg lebih baik & sentiasa kembali kepadaNya coz
Allah kindness towards His creatures is more than a mother's towards her baby. Doakan semoga kita akan sentiasa di atas jln yang diredhaiNya...& saya memohon kemaafan dari sahabat2 yg mengenali saya sekiranya ada melakukan kesalahan baik sengaja @ tidak, dalam sedar atau tersembunyi atau mungkin pernah terkasar bahasa selama perkenalan terjalin kerana diri ini terlalu banyak kelemahan...skali lagi, saya memohon maaf dr sahabat2 semua & dahulukan dgn jazakallah khair....mudahan segala dosa2 kita akan diampunkanNya...ameen Ya Rabb ~
-akidah 4/138-139...inshaAllah bersambung...
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 04:10 pm by
~iman @ aisyah~