Bismillah...
1. Bilakah taubat berakhir pada hak setiap manusia?
Firman Allah Ta'ala (al Nisaa' 4:17)
"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan (tidak tahu, sengaja atau tidak sengaja, marah atau ikut hawa nafsu) yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Para sahabat telah bersepakat bahawa semua maksiat terhadap Allah adalah merupakan kejahilan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Dan semua perkara sebelum maut adalah dekat.
Sabda Rasulullah saw,
"Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba selagi mana tidak nazak"
Adapun apabila dia telah melihat malaikat maut dan jiwanya telah sampai ke halkumnya serta sampai keadaan nazak, maka di waktu itu tiada taubat yang diterima. Firman Allah Ta'ala (Saad 38:3)
Maksudnya:
"Padahal waktu itu bukanlah saat untuk lari melepaskan diri."
Perkara ini terdapat dalam firman Allah Ta'ala (al Nisaa' 4:18)
"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada salah seorang dari mereka, barulah ia mengatakan "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak pula mereka yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. bagi orang-orang itu telah kami sediakan seksa yang pedih."
2. Bilakah taubat berakhir mengikut umur dunia ini?
Firman Allah Ta'ala (al An'aaam 6:158)
"Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau dia belum mengusahakan kebaiakan dalam masa imannya."
Sabda Rasulullah saw: Qiamat tidak akan bangkit kecuali sekiranya matahati terbit dari arah barat. Apabila ia terbit dari arah barat dan diperhatikan oleh orang ramai mereka semua akan beriman. Akan tetapi di waktu itu iman tidak memberi manfaat kepada sesiapapun. Kemudian Baginda membaca ayat tadi; (al An'aaam 6:158).
Terdapat banyak riwayat yg menjelaskan perkara ini.
Safwan bin 'Assal berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
Sesungguhnya Allah membuka pintu taubat dari arah barat luasnya sebanyak 70 tahun yang tidak akan ditutp sehinggalah terbitnya matahari dari arah itu.
sumber: kelas akidah (4/139-140) ..inshaAllah bersambung...
kenangan utk hari ni...da kurang sorang lagi teman berkongsi citer..last spend masa ngan umi ari khamis ari tu ngan maria skali sbb lps ni mmg da susah nak menghabiskan masa bersama lagi..memang rancang utk keluar & makan bersama; maria pun siap minta half day je utk ari tu..
sorang lagi junior @ sahabat @ adik yg dikasihi fillah dah melengkapkan separuh dari imannya ie selamat menunaikan salah satu sunnah nabi, Alhamdulillah..akak tumpang gembira walaupn lepas ni da susah nak jumpe awk:)..mudahan hidup bersama teman/suami & juga zuriat keturunan diberkati Allah di dunia lebih2 lagi hingga ke akhirat sana..ameen
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 11:52 pm by
~iman @ aisyah~