...~ "Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer."
"When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death." [Sahih Bukhari] ~...
diri ini... hanyalah seorang pengembara di bumi Allah... tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu... dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali... sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah... moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. All praises and thanks are Allah's, the Lord(Rabb) of the 'Alamin (mankind, jinn and all that exists). The Most Graciuos, the Most Merciful. The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e the Day of Resurrection). You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything). Guide us to the Straight Way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger, nor of those who went astray.
al-Fatihah 1-7
~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud, "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka."
- Abu Daud -
~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
"Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya."
-Riwayat Ahmad-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk....ameen
-Sahih an Nasai-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri
(al-Ahqaaf 46:15)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"This day I have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion" (Al-Maidah 5:3)
3 kumpulan pembuat dosa besar dari kalangan ahli tauhid
kumpulan yg kebaikan mereka mengatasi keburukan mereka. Mereka masuk syurga tanpa dibakar oleh neraka
kumpulan yg kebaikan mereka & keburukan mereka seimbang. Keburukan mereka tidak menghalang mereka dari masuk ke dalam syurga dan kebaikan mereka menghalang mereka daripada masuk ke dalam neraka. Mereka ialah ahli al A'araf (tempat tinggi antara neraka dan syurga). Mereka akan berada di sana dalam tempoh yang Allah Ta'ala kehendaki, kemudian diizinkan untuk mereka masuk ke dalam syurga. Firman Allah Ta'ala (al Araaf 7:46-47,49) "Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas; dan di atas tempat tinggi di antara syurga dan neraka itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka meyeru penduduk syurga "Sejahtera ke atas kamu." Mereka belum lagi memasukinya sedang mereka ingin segera (memasukinya). Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata, "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu." ....(Kepada orang mukmin itu dikatakan) "Masuklah ke dalam syurga, tidak ada kekhuatiran terhadapmu dan tidak pula kamu bersedih hati."
kumpulan yg berjumpa dengan Allah dalam keadaan terus-menerus melakukan dosa-dosa besar dan mempunyai tauhid & iman, dan keburukan mereka mengatasi kebaikan mereka. Mereka akan masuk ke dalam neraka berdasarkan dosa mereka. Ada yang di dalam neraka ke tahap buku lali, pertengahan betis, lutut dan ada yang Allah hanya haramkan neraka membakar angota-angota sujudnya sahaja. Kumpulan inilah yg dibenarkan Allah supaya diberi syafaat kepada mereka daripada Nabi saw dan orang lain dari kalangan nabi, wali malaikat dan lain-lain yang Allah berikan kehormatan ini kepada mereka. Mereka akan dikeluarkan sedikit demi sedikit sehinggalah akhir sekali akan dikeluarkan orang yang mempunyai seberat dinar kebaikan dalam hatinya, kemudian seberat setengah dinar kebaikan, kemudian seberat gandum, kemudian seberat atom dan kemudian lebih ringan dari itu. Sehinggalah pemberi syafaat mengatakan wahai Tuhan kami, kami tidak tinggalkan seorangpun yang mempunyai kebaikan di dalam neraka. *Tidak akan kekal di dalam neraka ahli tauhid tidak kira ape pun jenis amalannya.
Akan tetapi orang yg imannya lebih dan dosanya kurang, azabnya lebih ringan dan tempoh tinggalnya dalam neraka lebih singkat dan dia lebih cepat dikeluarkan darinya. Berbeza dengan orang yg imannya kurang dan dosanya lebih.
Perkara ini telah dijelaskan dalam pelbagai hadith, antaranya sabda Rasulullah saw; Sesiapa yang menyebut 'Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah', ianya akan memberi manfaat kepadanya walaupun sebelum itu dia akan ditimpa pelbagai azab.
Kenyataan ini adalah satu perkara yg tidak dapat difahami oleh kebanyakan manusia, menyebabkan ramai orang sesat dan berpecah belah; (al Baqarah: 2:213) "Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendakNya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus."
~ * ini yg membezakan antara orang islam dengan orang kafir...& teringat persoalan ustaz (yg diubahsuai sikit sbb da lame persolan ni) ...bagaimana tindakan kita bilamana ade org bukan islam mencela orang islam dengan bermacam2 celaan sbg contoh 'orang islam ni lagi banyak buat jahat dari kami yang bukan islam....rogol, membunuh dan sebagainya'.. atau 'tak malu buat perkara tak senonoh (means maksiat) di hadapan orang ramai' dan berbagai2 lagi celaan yang menampakkan kejahatan org islam...jangan pula kita sebagai orang islam turut mengiyakan kata2 mereka dan turut sama menghina sedara seislam kita kerana kalau ikutkan sape yg lebih jahat sebenarnye???...orang islam @ org bukan islam?? sudah tentu jawapannya orang bukan islam sebab mereka tidak menyembah Allah means menolak Allah sebagai Tuhan sekalian alam...satu kesalahan yang amat besar sebenarnya kerana meraka tidak mengEsakan Dia...cume kita tidak nampak atau tidak sensitif dengan perkara tersebut kerana mungkin bagi kita kesalahan pd mata kasar manusia tidaklah sebesar kesalahan tidak menerima Allah sebagai Tuhan Yang Satu; Tuhan yang berhak disembah, bukan yg lain...nauzubillah...
firman Allah Ta'ala dalam surah al Anfaal 8:55;
"Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman."
tapi di sini bukanlah bermaksud kita merelakan sedara seislam kita melakukan kemungkaran di muka bumi ni krn selemah2 iman adalah membenci dlm hati dengan kemungkaran yg berlaku sekiranya kita tidak mampu untuk menegahnye dengan tangan ataupun kata2...cume sebenarnya kita harus tahu bahwa masalah akidah adalah lebih berat dr masalah maksiat (dosa2 kecil @ besar) & selagi mana orang itu adalah orang islam, dia masih berpeluang untuk bertaubat kepadaNya. sama2 kita mendoakan kebaikan sesama sedara kita & bukanlah merendah2kan lagi krn kita juga takut mereka ini akan lagi jauh untuk kembali ke pangkal jalan sekiranya di hati mereka sudah ade niat utk berubah, sedangkan orang di sekeliling mereka tidak henti2 mencela... & bole jadi orang yg sebelum ni kita nampak jahat @ byk melakukan maksiat, bole berubah menjadi seorang yang betul2 taat pada segala perintahNya & lebih dikasihiNya...wallahu'alam... sama2 kita amik ia sebagai iktibar & insaf dengan diri yang kerdil & terlalu banyak kelemahan di sisiNya.... dan kita juga perlu tahu bahwa hidayah itu adalah milik & hanya dari Allah Ta'ala Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Mengetahui lagi Maha Adil ..dan sesungguhnya Dia mempunyai nama2 yang indah & sifat2 Yang Maha Tinggi...dan Dia berhak ke atas setiap hamba2Nya
dan kalau ikutkan, ini juga point untuk kita berdakwah kepada non muslim agar mereka menerima islam kerana islam adalah agama yang diredhai Allah Ta'ala...and one more thing that we have bear in mind, sekiranya orang2 bukan islam ni nak melihat kecantikan islam itu, jangan nilai islam pada orang2nya di zaman ini yg byk kekurangan/kelemahan tapi pada ape yang terkandung dalam agama islam itu sendiri means ape yg telah kekasih Allah; Rasulullah saw bawakan selama 23 tahun lamanye...dan peribadi Rasulullah saw sendiri sudah cukup menjadi contoh & as we know, islam adalah agama yang telah diredhai Allah Ta'ala..sama2lah kita berdoa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia yg akan sentiasa kembali kepadaNya & tidak gentar dengan musuh2 Allah..& semoga diri kita sentiasa dlm pimpinanNya, di atas jln yg diredhaiNya serta ditempatkan dalam golongan orang2 yang beruntung...ameen Ya Rabb ~
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...