Apakah hudud merupakan penghapus dosa bagi pembuat dosa?
Bismillah...
sambungan akhir...berkenaan maksiat @ dosa (entry 3rd june 05) di kalangan ahli tauhid (orang2 islam), taubat (entry 4th & 11th june 05) serta akibatnya semasa di akhirat sana (entry 17th & 21st june 05).. dan berkenaan
pembentangan lembaran amalan, hisab ect yg berkaitan ngan hari akhirat....inshaAllah akan diletakkan kemudian
sabda Rasulullah saw;
"Berilah bai'ah kepadaku atas dasar kamu semua tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun, tidak mencuri, tidak berzina, tiak membunuh anak2 kamu, tidak membuta pembohongan yang kamu cipta dan tidak mengingkari dalam kebaikan. Sesiapa yang menyempurnakan bai'ah/perjanjian ini di antara kamu, ganjaranannya ada pada Allah. Sesiapa yang melakukan sebahagian darinya lalu di diazab kerananya di dunia ini, azab itu merupakan penghapus dosanya. Sesiapa yang melakukan sebahagian darinya kemudian Allah menutup aibnya, urusannya terpulang kepada Allah; jika Dia ingin Dia maafkan dan jika Dia ingin Dia azab."
persoalan seterusnya, bagaimanakah caranya utk mengumpulkan antara sabda Rasulullah saw dalam hadith ini:
urusannya terpulang kepada ALlah; jika Dia inigin Dia maafkan dan jika Dia ingin Dia azab, dengan kenyataan sebelum ini bahwa
orang yg keburukannnya mengatasi kebaikannya akan masuk neraka?
Sebenarnya tiada percanggahan di antara dua dalil ini. Orang yg Allah hendak ampunkannya, Dia akan menghitungnya dengan hisab yang mudah yang dijelaskan oleh Rasululllah saw sebagai pembentangan. Sifatnya seperti yg Baginda nyatakan:
Seseorang dari kamu akan didekatkan kepada Tuhannya sehinggalah Dia meletakkan tepiNya/ bayangNya ke atasnya lalu Dia berkata 'Kamu telah lakukan begini dan begini?' Jawabnya 'Ya'. Dia berkata lagi, 'Kamu telah lakukan begini dan begini?' Jawabnya 'Ya'. Allah menjadikannya menerima kemudian Dia berkata, 'Sesungguhnya Aku telah sembunyikan untukmu di dunia dan Aku ampunkan untukmu hari ini.'
Adapun orang yang masuk neraka kerana dosa2 mereka, mereka adalah termasuk dalam golongan yang diperbincangkan hisab mereka, sebagaimana sabda Rasulullah saw; 'Sesiapa yang diperbincangkan hisabnya akan diazab.'
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 07:48 am by
~iman @ aisyah~