Bismillaahirrahmaanirraheem...
Kasih Allah tiada tandingan
yang pasti menuju bahagia
Janji Allah tiada keraguan
dan pasti tiada kecewa
-home sweet home..29.6.05-
......
teman, mungkin kerana kita leka..
sekali pernah terlepas dari genggaman, ucapan 'Oopps' mendahului 'YA ALLAH'
bila perut kenyang, 'ha..kenyangnya' mengatasi 'ALHAMDULILLAH'..
bila diri terpegun akan keindahan alam 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'Cantiknya'..
bila dikunjungi berita malang, 'Kasihannya' terucap..kita lupa kepada 'INNALILLAAHIWAINNAILAIHIRAJIUUN'..
kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa..
tapi ingatlah agar bila Izrail membawa berita biarlah ucapan 'LAILAHAILLALLAH' menjadi juara mengatasi segala kata-kata...