Bismillaahirrahmaanirraheem...
~ Bagaimanakah sifat 'ardh (pembentangan) dan hisab (penghitungan) daripada al Quran?
Firman Allah Ta'ala (al Haaqqah 69:18)
"Pada hari itu kamu dihadapkan kepada Tuhanmu, tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi bagi Allah."
Firman Allah Ta'ala (al Kahf 18:48)
"Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris, sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada kali yang pertama; bahkan kamu mengatakan bahwa Kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (memenuhi) perjanjian."
Firman Allah Ta'ala (al Naml 27:83-85)
"Dan ingatlah hari ketika Kami kumpulkan dari tiap2 umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibagi-bagi (dalam kelompok2). HIngga apabila mereka datang, Allah berfirman, "Apakah kamu telah mendustakan ayat-ayatKu, padahal ilmu kamu tidak meliputinya atau apakah yang telah kamu kerjakan?" dan jatuhlah perkataan (azab) atas mereka disebabkan kezaliman mereka, maka mereka tidak dapat berkata (apa-apa)."
Firman Allah Ta'ala (al Zalzalah 99:6-8)
"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. BArangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."
Firman Allah Ta'ala (al Hijr 15:92-93)
"Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanya mereka semua, tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu."
Firman Allah Ta'ala (al Saaffaat 37:24)
"Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) kerana sesungguhnya mereka akan ditanya."
~ Bagaimanakah sifat 'ardh (pembentangan) dan hisab (penghitungan) daripada al Sunnah?
terdapat banyak hadith dalam perkara ini. Antaranya ialah sabda Rasulullah saw yang bermaksud
"Siapa yang dipersoalkan dalam perhitungan akan di azab," 'Aisyah bertanya, 'Bukankah Allah telah berfirman (al Insyiqaaq 84:8): Maka dia akan dihitung dengan perhitungan yang mudah. Jawab Baginda: 'Itu ialah 'ard (pembentangan)."
(Riwayat Bukhari)
maksudnya di sini, sesiapa yg pembentangan lembarannya diperhitungkan, maka dia akan di azab atas kelakuannya, sekiranya dia telah mendapat keampunan dari apa yang telah dilakukan (hasil dari taubat yg diterima & juga dari rahmat & kekuasaan Allah) pembentangan itu tidak diperhitungkan..wallahu'alam
Sabda Rasulullah saw
"Dibawa orang kafir pada Hari Qiamat dan ditanyakan kepadanya, 'Adakah sekiranyan kamu mempunyai emas sebanyak satu bumi, kamu akan menebusnya?' Dia menjawab, 'Ya'. Dikatakan pula kepadanya, "sesungguhnya perkara yang diminta daripada kamu dahulu adalah lebih mudah daripada itu' dalam riwayat lain, "sesungguhnya Aku telah minta daripada kamu apa yang lebih mudah daripada itu sejak kamu berada di dalam sulbi Adam lagi iatu supaya kamu tidak mempersekutukan Aku, tetapi kamu tetap berdegil ingin mempersekutukan."
(Riwayat Bukhari)
Sabda Rasulullah saw,
"Tiada seorang daripada kamu kecuali Allah akan berkata-kata dengannya tanpa sebarang penterjemah. Dia akan melihat di kanannya dan hanya dapat melihat amalan yang telah dilakukannya. Dia melihat di kirinya dan hanya dapat melihat amalan yang telah dilakukannya. Dia melihat di hdapannya dan ianay dapat melihat Neraka. Makahendaklah kamu semua bertakwa walaupun dengan memberi sebahagian buah kurma atau dengan kata-kata yang mulia."
(HR Bukhari wa Muslim)
Sabda Rasulullah saw "Seseorang daripada kamu -iaitu yang beriman- akan mendekati Tuhannya sehinggalah Tuhan meletakkan tepiNya/ bayanganNya di atasnya seraya berkata "kamu telah lakukan begini dan begini?" dia menjawab, 'Ya'. Allah menjadikannya mengaku, kemudian Allah berkata, "sesungguhnya Aku telah sembunyikannya atas kamu di dunia dan Aku ampunkannya untuk kamu hari ini."
(HR Bukhari)
...inshaAllah bersambung lagi perbincangan berkenaan akhirat ni ...selepas ni berkenaan bentuk pembentangan lembaran2 amalan. sumber dr kelas akidah yg dipetik dari buku '200 soal jawab aqidah islam' karangan Al Syaikh Hafiz bin Ahmad Hakimi yg diterjemah oleh ust Fadlan Othman.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 07:59 am by
~iman @ aisyah~