Berkenaan akhirat-bentuk pembentangan lembaran2 amalan
Bismillah..
inshaAllah ari ni nak sambung balik pengisian berkenaan akhirat..last entry berkenaan akhirat pada 12 July 2005, yang bertajuk
sifat 'ardh (pembentangan) dan hisab (penghitungan) daripada al Quran & al Sunnah. so, seterusnya akan sambung tajuk..
Bagaimanakah bentuk pembentangan lembaran2 amalan daripada al Quran?
Firman Allah Ta'ala (al Israa' 17:13-14); yang maksudnya;
"Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai peghisab terhadapmu."
Firman Allah Ta'ala (al Takwiir 81:10)
"Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka."
Firman Allah Ta'ala (al Kahf 18:49)
"Dan diletakkan kitab lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata "Aduhai celakalah kami, kitab apakah ini yang tidak meniggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya"; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun."
Firman Allah Ta'ala (al Insyiqaaq 84:7)
"Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya."
Firman Allah Ta'ala (al Insyiqaaq 84:10)
"Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang."
Ini menunjukkan bahwa orang yg menerima kitabnya dari kanannya, dia akan diberikan dari hadapan. Orang yg menerima kitabnya dari kirinya pula, dia akan diberikan dari belakang. Semoga Allah melindungi kita semua dr tergolong dlm golongan kiri ini...ameen
Apakah dalil bagi bentuk pembentangan lembaran2 amalan daripada al Sunnah?
Terdapat byk hadith dlm perkara ini. Di antaranya ialah:
Sabda Rasulullah saw yg bermaksud;
"Allah akan mendekatkan hambaNya yg beriman kepadaNya sehinggalah Dia meletakkan tepiNya/bayanganNya ke atasnya lalu menjadikannya mengakui segala dosanya dengan berkata, 'Adakah kamu tahu dosa ini?' Jawabnya 'Saya tahu' (dua kali). Lalu Allah berkata 'Aku telah menyembunyikannya ke atas kamu di dunia dan Aku menyempurnakannya untuk kamu hari ini.' Kemudian disimpan lembaran amalan kebaikannya. Berkenaan orang kafir pula, akan dilaungkan di hadapan khalayak ramai (Huud 11:18) {Mereka itulah yang mendustai terhadap Tuhan mereka, maka Allah menjadikan laknat ke atas mereka}."
(Muttafaqun 'alaih-Riwayat Bikhari dan Muslim)
'Aisyah telah berkata yg bermaksud;
"Wahai Rasulullah, adakah seseorang itu akan teringat kekasihnya di akhirat nanti?" jawab Baginda; "Wahai 'Aisyah, adapun dalam tiga keadaan maka tidak, iaitu semasa di sisi al Mizan (alat penimbang) sehinggalah berat atau ringan, semasa berterbangannya lembaran-lembaran amalan samada diberi dari kanan atau kiri, dan semasa keluarnya leher dari Neraka."
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
...inshaAllah akan bersambung dengan dalil berkenaan al Mizan drp al Quran & al sunnah.. jazakallah khairan jaza' buat sahabat yg dikasihi fillah, fid, yg sntiasa bersama saya waktu susah maupun senang & esp for ur supporting..hanya Allah yg dpt membalas sgalanya...smoga ukhuwah ini berkekalan hingga ke sana..& akan dikurniakan kebaikan serta kebahagiaan hidup di dunia lebih2 lagi di akhirat sana....ameen Ya Rabb. inshaAllah..moga segala urusan master kita akan dipermudahkan & dpt konvo sama2 lagi nanti..ameen..and jazakallah for remind me with this verse..
...Segala sesuatu terjadi sesuai dgn ketentuan & kehendakNya, dan apa yg dikehendaki pasti terjadi. Apa yg manusia miliki hanyalah apa yg Dia kehendaki utk mereka. Apa yg Dia kehendaki utk mereka pasti terjadi, dan apa yg tidak Dia kehendaki pasti tidak terjadi...
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 12:45 pm by
~iman @ aisyah~