
Bismillah ..walhamdulillah...terasa ingin meletakkan maksud surah an Naba' yg bacaannya bole didengar terus dr weblog ni. dengan takdir Allah, ptg td sempat ikut tafsir ayat 17-30 Surah An Naba' dr rancangan Tafsir di channel 8 ASTRO.. so bila semak2, terasa ingin berkongsi keseluruhan ayat dr surah ni sebagai peringatan bersama, inshaAllah. An Naba' ialah surah yg ke 78 & mempunyai 40 ayat..
ayat 17-30 focus on balasan terhadap org2 yg derhaka. Surah ni termasuk dalam
surah Makkiyah..and as we know, surah2 Makkiyah kebanyakannya menceritakan berkenaan hari berbangkit, keadaan hari kiamat, syurga neraka and so on dalam pembentukan akidah bagi generasi2 awal semasa permulaan Islam diwahyukan yg telah disampaikan oleh Rasulullah saw kpd mereka & secara tak langsungnya kepada kita yg berada di zaman ini.
so perkara pokoknya adalah keimanan... bagaimana pengingkaran org2 musyrik terhadap adanya hari berbangkit & ancaman2 Allah terhadap sikap mereka itu; kekuasaan2 Allah yg terlihat dlm alam sebagai bukti adanya hari berbangkit; peristiwa2 yg terjadi pd hari berbangkit; azab yg diterima orang2 yg mendustakan ayat2 Allah serta kebhagiaan yg diterima org2 mukmin di hari kiamat; penyesalan org kafir di hari Kiamat.
so mcm biasa rancangan tafsir ni akan diselitkan hadith2 yg berkaitan utk penerangan ayat2 tertentu, cumenya maaf sebab tak dpt nak dikongsikan di sini secara detail hadith2 tu sebabnya tak salin & hanya dengar dalam keadaan penat, so tak berapa ingat the full hadith...dan ustaz yg menyampaikan tu ade menekankan
ayat 30 krn dikatakan
sebagai ayat yg paling menakutkan dalam banyak2 ayat Quran means menggetarkan hati para sahabat setiap kali ayat ini dibaca; iaitu berkenaan,
Allah tidak akan menambahkan kpd penghuni neraka melainkan azab..
maksudnya azab itu sentiasa akan bertambah2, bukanlah berkurang mahupun statik. dan ada juga disebutkan bahawa sahabat2 dahulu sentiasa berdoa agar dijauhkan dari seksaan azab api neraka & akan memperoleh syurga Allah.. Ustaz tu pun ada mentioned, agar sentiasa doa
mudahan segala dosa2 kita diampunkan oleh Allah supaya kita dijauhkan dari azab api neraka & dimasukkan dalam syurga dengan Rahmat Allah SWT.. krn ini juga yg diajarkan oleh Rasulullah saw kpd kita melalui wahyu & hadith Baginda saw.. ermm..tapi hati kita tak taula bergetar atau tidak bila dengar ayat2 sebegini krn terasa spt terlalu jauh & asyik dgn dunia ni atau masih belum memahami erti sebenar spt apa yg difahami oleh generasi2 terdahulu memahami sesuatu ayat..dan sbg insan yg lemah dengan sifat lupa yg ada ni mudahan akan sama2 ingat mengingati agar kita tidak terus lalai & cuba utk memperbaiki diri, inshaAllah.
so sblm tgk terjemahan surah ni, just nak promote selain rancangan tafsir (kul 7 mlm), ada satu lg rancangan yg best kat channel 8, ASTRO ni iaitu Cahaya Ilahi, kul 8 mlm... rancangan dr TV indonesia jg & yg ni lebih kepada perbincangan dr kitab Riyadus Salehin...cumenye rancangan ni pun tak dapat nak ikut selalu kerana masa tak mengizinkan means kalau balik lewat dr kampus & klu tak disibukkan dgn keje lain...& lagipun kadang2 sebab susah nak paham skit bahasa indon ni..kalau ust Hisan Tanjung yg sampaikan inshaAllah menarik sebab jelas bahasa & penerangannya...skrg ni da tukar ustaz yg lain & ada ramai ustaz yg terlibat dalam rancangan Cahaya Ilahi ni...kalau rancangan Tafsir, ada 2 org ustaz je yg sampaikan setakat yg diri ini tahu buat masa ni..wallahu'alam. dan bila dengar rancangan ni kadang2 apa yg disampaikan tu sama macam yg penah dengar sebelum ni masa kat kelas akidah ataupun tadabbur.. alhamdulillah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
- Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?
- Tentang berita yang besar1,
- yang mereka perselisihkan tentang ini.
- Sekali-kali tidak2, kelak mereka akan mengetahui,
- kemudian sekali-kali tidak, kelak mereka akan mengetahui.
- Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?
- dan gunung-gunung sebagai pasak?
- dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan,
- dan Kami jadikan tidurmu untuk beristirehat,
- dan Kami jadikan malam sebagai pakaian3,
- dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan
- dan Kami bangun di atas kamu tujuh buah (langit) yang kukuh
- dan Kami jadikan pelita yang amat terang (matahari)
- dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah,
- supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan
- dan kebun-kebun yang lebat?
- Sesungguhnya Hari Keputusan adalah suatu waktu yg ditetapkan
- iaitu hari (yg pd waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok
- dan dibukalah langit, maka terdapatlah beberapa pintu,
- dan dijalankanlah gunung-gunung maka terjadi fatamorganalah ia
- Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai4
- lagi menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas
- mereka tinggal di dalamnya berabad-abad lamanya
- mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman
- selain air yang mendidih dan nanah
- sebagai pembalasan yg setimpal
- Sesungguhnya mereka tidak takut kepada hisab,
- dan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dengan sesungguh-sungguhnya
- Dan segala sesuatu telah Kami catat dalam suatu kitab5
- Kerana itu rasakanlah. Dan Kami sekali-kali tidak akan menambah kepada kamu selain daripada azab
- Sesungguhnya orang-orang yg bertakwa mendapat kemenangan
- (iaitu) kebun2 dan buah anggur
- dan gadis-gadis remaja yg sebaya
- dan gelas-gelas yg penuh (berisi minuman)
- Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yg sia-sia dan tidak (pula perkataan) dusta
- Sebagai balasan dari Tuhanmu dan pemberian yg cukup banyak
- Tuhan Yang memelihara langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; Yang Maha Pemurah. Mereka tidak dapat berbicara dengan Dia.
- Pada hari, ketika ruh6 dan pada malaikat berdiri bershaf-shaf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yg telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yg benar.
- Itulah hari yg pasti terjadi. Maka barangsiapa yg menghendaki, nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.
- Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) seksa yg dekat, pd hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata; 'Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah'.
- yg dimaksudkan dgn berita yg besar ialah berita ttg hari berbangkit
- sanggahan terhadap pendapat org2 kafir Mekah yg mengingkari hari berbangkit & hari Kiamat
- malam itu disebut sebagai 'pakaian' krn malam itu gelap menutupi jagat sebagai pakaian menutupi tubuh manusia
- di neraka Jahannam ada suatu tempat yang dari tempat itu para penjaga neraka mengintai & mengawal isi neraka
- kitab = buku catitan amalan manusia
- para ahli tafsir mempunyai pendapat yg berlainan ttg maksud 'ruh' dalam ayat ini. Ada yg mengatakan 'Jibril' ada yg mengatakan 'tentera Allah' dan ada pula yg mengatakan 'ruh manusia' *
* point no 6 ni teringat pulak berkenaan hadith yg disebut oleh ustaz masa kelas tadabbur utk surah al Qiyaamah ari ahad yg lepas, dalam kitab berkenaan hari kiamat, ada disebutkan pd hari kiamat nanti yg maksudnya.. manusia, jin2 dan binatang2 (haiwan) akan dikumpulkan dalam satu saf, kemudian saf yg di belakangnya adalah dari kalangan malaikat dr langit pertama yg jumlahnya adalan 10 kali ganda dr saf pertama, saf seterusnya malaikat dr langit kedua yg jumlahnya 20 kali ganda lebih dr saf malaikat langit pertama td & seterusnya sampailah malaikat2 yg dr langit ketujuh yg bilangannya 70 kali ganda dr saf yg sebelumnya (jumlah malaikat dr langit ke-6)...so ustaz tanye bayangkan berapa ramai /banyakknya malaikat berbanding kita & brp banyaknya makhluk Allah pada masa tu? ermm...memang tak terbayang means tak terkira sebenarnya.. sebab tu spt yg kita tahu ada juga disebutkan keadaan pada masa tu ialah kaki bertemu kaki.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui & segala puji hanya bg Allah Yang Maha Berkuasa...
....semoga kita akan dikurniakan ilmu yg bermanfaat & mudahan umat Islam di seluruh dunia sentiasa dalam kesejahteraan di zaman yg penuh fitnah ni & sentiasa dlm lindungan Allah Ta'ala..ameen....
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 11:43 pm by
~iman @ aisyah~