Wednesday, August 24, 2005
Berkenaan akhirat-al Sirat (jambatan)
Berkenaan akhirat-al Sirat (jambatan)
Bismillah...
inshaAllah sambung skit lagi pengisian berkenaan akhirat ttg
al Sirat ..last entry berkenaan akhirat pada sabtu 6 ogos 2005, yang bertajuk
al Mizan (alat penimbang).
Apakah dalil berkenaan al Sirat (jambatan) daripada al Quran?
Firman Allah Ta'ala (Mariam 19:71-72)
"Dan tidak ada seorangpun daripadamu melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yg sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yg bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut."
Firman Allah Ta'ala (Hadiid 57:12)
"Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka."
Apakah dalil berkenaan al Sirat (jambatan) daripada al Sunnah?
di antara hadith bkenaan perkara ini;
Sabda Rasulullah saw dlm hadith al-Syafa'ah (pertolongan);
"Dihadapkan jambatan lalu diletakkan di atas dua bahagian Jahannam. Kami bertanya 'Wahai Rasulullah, apakah itu jambatan?' Baginda menjawab, 'Licin, mudah tergelincinr orang di atasnya, di atasnya ada cangkuk-cangkuk dan duri yg besar ibarat pokok al-Sa'dan di negeri al Najd. Orang beriman akan menyeberanginya seperti kelipan mata, kilat, angin, kuda yang laju dan rombongan berkuda. Ada yang berjaya dan selamat. Ada yang berjaya dan cedera. Ada yang tergelincir ke dalam neraka Jahannam. Sehinggalah menyeberang yang terakhir sekali dlm keadaan diheret."
(Muttafaqun 'alaih-bukhari wa muslim)
inshaAllah akan sambung 2 lagi tajuk di bwh bekenaan akhirat ni..tentang
al Qisas (pembalasan antara makhluk) &
al Haud (perigi) daripada al Quran & al Sunnah...
p/s: dalil berkenaan beriman dgn syurga & neraka bole rujuk di sini
syurga & neraka
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 04:49 pm by
~iman @ aisyah~