Berkenaan akhirat-al Qisas (pembalasan antara makhluk)
Bismillah...
inshaAllah sambung skit lagi pengisian berkenaan akhirat ttg
al Qisas (pembalasan antara makhluk)..last entry berkenaan akhirat;
al Sirat (jambatan) pada 24 ogos 2005
Apakah dalil berkenaan al Qisas (pembalasan antara makhluk) daripada al Quran?
Firman Allah Ta'ala (al NIsaa' 4:40)
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar."
Firman Allah Ta'ala (Ghaafir 40:17-20)
"Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahkannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya. Berilah mereka peringatan dengan hari yang dekat (hari kiamat iaitu) ketika hati menyesak sampai di kerongkongan dengan menahan kesedihan. Orang-orang yang zalim tidak mempunyai teman setia seorangpun dan tidak pula mempunyai seorang pemberi syafa'at yang diterima syafa'atnya. Dia mengetahui (pandagna) mata yang kianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. Dan Allah menghukum dengan keadilan. Dan sembahan-sembahan yang mereka embah selain Allah tiada dapat menghukum dengan sesuatu apaun. Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Firman Allah Ta'ala (al Zumar 39:69)
"Dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dirugikan."
Apakah dalil berkenaan al Qisas (pembalasan antara makhluk) daripada al Sunnah?
Terdapat byk hadith & antara hadith yg menyebut tentang perkara ini;
Sabda Rasulullah saw;
"Perkara pertama yang dihukumkan di antara manusia ialah berkenaan darah."
(Muttafaqun 'alaih-HR Bukhari & Muslim)
Sabda Rasulullah saw;
"Sesiapa yang mempunyai kezaliman terhadap saudaranya, hendaklah dia meminta maf darinya hari ini. Sesungguhya pada hari itu nanti tiada dinar mahupun dirham. Sebaliknya pahala kebaikannya akan diberikan kepada saudaranya. Sekiranya dia tidak mempunyai pahala kebaikan maka akan diambil dosa keburukan saudaranya dan dilemparkan kepadanya."
(HR Bukhari)
Sabda Rasulullah saw;
"Orang yang beriman akan menyeberangi Neraka lalu mereka akan duduk di atas tempat di antara Syurga & Neraka. Di situ sebahagian mereka akan dibalas mengikut kezaliman yang dilakukannya terhadap sebahagian yang lain di dunia. Apabila mereka telah dibersihkan dan disucikan, barulah diizinkan mereka untuk masuk ke dalam Syurga."
(HR Bukhari)
inshaAllah bersambung lagi...
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 07:11 am by
~iman @ aisyah~