Saturday, September 03, 2005
Berkenaan akhirat-al Haud (perigi)
Berkenaan akhirat-al Haud (perigi)
Bismillah...
inshaAllah pengisian terakhir untuk bahagian pertama berkenaan akhirat iaitu ttg
al Haud (perigi)...entry sebelum ni berkenaan akhirat; al Qisas (pembalasan antara makhluk)pada 30 ogos 2005
Apakah dalil berkenaan al Haud (perigi) daripada al Quran?
Firman Allah Ta'ala (al Kauthar 108:1);
"Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu sebuah sungai di syurga."
Apakah dalil berkenaan al Haud (perigi) daripada al Sunnah?
Sabda Rasulullah saw;
"Aku mendahului kamu semua ke al Haud (perigi)."
(Muttafaqun 'alaih-HR Bukhari wa Muslim)
Sabda Rasulullah saw;
Sesungguhnya aku mendahului kamu semua dan sesungguhnya aku menjadi saksi terhadap kamu semua. Demi Allah sesunguhnya aku dapat melihat haudku (perigiku) sekarang ini."
(HR BUkhari)
Sabda Rasulullah saw;
"Haudku (perigiku) seluas sebulan perjalanan. Airnya lebih putih daripada susu. Baunya lebih wangi darpada kasturi. Gelasnya sebanyak bilangan bintang di langit. Sesiapa yang minum dari perigi itu tidak akan dahaga selama-lamanya."
(Muttafaqun 'alaih-HR Bukhari wa Muslim)
Sabda Rasulullah saw;
"Aku telah mendatangi sebatang sungai, dua tebingnya permata yang berongga. Aku pun bertanya, 'Apakah ini wahai Jibril?' Beliau menjawab, 'Ini ialah al-Kauthar.' "
(HR BUkhari)*
*hadith ini adalah semasa isra' & mikraj Rasulullah saw
inshaAllah dalil berkenaan shafa'at (pertolongan) akan disambungkan kemudian...
Rasulullah saw telah berdoa dalam solat malam yg bermaksud;
"Bagi Engkau segala puji, Engkau benar, janjiMu benar, perjumpaan denganMu benar dan kata-kataMu benar. Syurga itu benar dan neraka itu benar. Para nabi juga benar, Muhammad saw benar dan hari Qiamat benar."
(Muttafaqun 'alaih-HR Bukhari wa Muslim)
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 07:59 am by
~iman @ aisyah~