Wednesday, October 12, 2005
Kewafatan Rasulullah saw - Musibah terbesar
Kewafatan Rasulullah saw - Musibah terbesar
Bismillah...
Kewafatan Rasulullah saw merupakan satu musibah besar yg melanda umat Islam. Ini berdasarkan beberapa perkara seperti berikut:
1. Keterangan daripada Baginda tentang musibah ini,
Terdapat riwayat daripada Aisyah katanya; 'Rasulullah saw telah membuka pintu atau menyelak langsir lalu melihat orang ramai yang sedang bersolat di bawah pimpinan Abu Bakar. Baginda mengucapkan segala pujian kepada Allah terhadap keadaan mereka yang baik itu dan mengharapkan agar Allah menetapkan keadaan baik mereka itu selepas ketiadaan baginda. Kemudian baginda bersabda; "Wahai sekalian manusia, sesiapa di antara manusia atau di antara orang mukmin yang ditimpa musibah, hendaklah dia bertakziah (menenangkan) atas musibahnya denganku mengatasi musibahnya dengan orang lain. Sesungguhnya tiada seorangpun di kalangan umatku yang akan ditimpa musibah yang lebih dasyat daripada musibahku".'
(Sunan Ibnu Majah)
* hadith ni mengisahkan keadaan Baginda sakit sebelum kewafatannya. Takziah di sini bermaksud kita menenangkan seseorang dengan ucapan 'i
nnalillahi wa inna ilaihirajiuun' & juga kata2 semangat yg lain sekiranya seseorang itu ditimpa kesusahan atau musibah... dan juga yang paling utama adalah seperti nasihat Rasulullah saw ni, ingatlah apa jua musibah yg berlaku ke atas kita itu tidaklah sebesar kehilangan (kewafatan) Rasulullah saw itu sendiri yg merupakan ujian jiwa yang terbesar bg orang2 mukmin.. dan ini adalah merupakan satu motivasi bg orang-orang mukmin supaya kita tidak terlalu bersedih hati (
la tahzan) dengan ujian2 yg lain sekiranya kita sandarkan ia pada hadith ini...
2. Baginda ialah manusia yang mesti dicintai oleh setiap individu muslim melebihi sesiapa sahaja:
Terdapat tiwayat daripada Anas bahawa Rasulullah saw telah bersabda 'Tidak beriman seseorang di antara kamu sehinggalah aku dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan semua manusia."
(Sunan Ibnu Majah)
3. Keceriaan berlalu dengan wafatnya Baginda saw.
Terdapat riwayat daripada Anas bin Malik katanya, "Semasa hari yang Rasulullah saw memasuki Madinah, semua perkara di dalam kota ini berseri-seri. Semasa hari yang baginda wafat pula, semua perkara di dalam kota ini kegelapan. Apabila kami membersihkan tangan kami sejurus selepas mengebumikan Rasulullah saw kami merasakan kejanggalan dalam hati-hati kami."
(Sunan At Tirmidhi)
sumber: kelas akidah....inshaAllah bersambung...
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 04:04 pm by
~iman @ aisyah~