Kewafatan Rasulullah saw - Musibah terbesar :part 2
Bismillah...
Alhamdulillah segala puji bg Allah krn masih diberikn kesempatan utk berkongsi sedikit info...inshaAllah sambung skit lagi tentang musibah terbesar bagi orang2 mukmin iaitu kewafatan Nabi Muhammad saw...sesape yg ada buku 'Al Raheeq Al Makhtum:Sirah Nabawiyaah saw' karangan Sheikh Safiyyu al Rahman al Mubarakfuri atau buku2 sirah nabi yg lain bole baca kisah yang lebih lanjut berkenaan detik2 akhir kehidupan Rasulullah saw & bagaimana perasaan sedih yang menyelubungi para sahabat baginda dalam menghadapi kehilangan kekasih Allah ini...
3. Wahyu terputus dengan wafat baginda:
Terdapat riwayat daripada Anas bahawa Abu Bakar telah berkata kepada Umar selepas kewafatan Rasulullah saw, 'Ayuh kita pergi bertemu Ummu Aiman (bekas pembantu rumah Baginda saw yg diwariskan oleh ayah Baginda), kita ziarah beliau seperti mana kebiasaannya Rasulullah saw menziarahinya.' Apabila kami sampai kepada beliau, beliau menangis. Abu Bakr dan Umar bertanya, 'Kenapa kamu menangis, apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik untuk Rasulullah saw.' Ummu Aiman menjawab, 'Aku tidak menangis kerana aku tidak mengetahui apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik untuk Rasulullah saw akan tetapi aku menangis mengenangkan wahyu dari llangit telah terputus.' Mendengar ini, Abu Bakr dan Umar turut menangis.
(Sahih Muslim)
5. Perselisihan dan permusuhan akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah saw:
Terdapat riwayat daripada Abu Burdah daripada ayahnya, katanya; 'Kami solat Maghrib bersama Rasulullah saw kemudian kami berkata, 'Lebih elok kita duduk sehingga solat Isyak bersamanya.' Lalu baginda keluar kepada kami dan bertanya, 'Kenapa kamu masih di sini?' Kami menjawab, 'Wahai Rasulullah, kami solat Maghrib bersamamu kemudian kami berkata kami akan duduk sehingga kami solat Isyak bersamamu juga.' Baginda bersabda, "Bagus (tepat) amalan kamu itu.*" Kemudian Baginda melihat ke arah langit dan memang baginda sering melihat ke arah langit lalu bersabda. "Bintang-bintang adalah penyelamat bagi langit. Sekiranya bintang-bintang tiada, langit akan ditimpa bencana yang dijanjikan. Aku adalah penyelamat bagi para sahabatku. Sekiranya aku tiada, para sahabatku akan ditimpa bencana yang dijanjikan. Para sahabatku adalah penyelamat bagi para umatku. Sekiranya para sahabatku tiada, umatku akan ditimpa bencana yang dijanjikan."
(Sahih Muslim)
* di sini bole amik pengajaran juga bagaimana tarbiyah Nabi Muhammad saw terhadap sahabat iaitu memuji pada sesuatu perkara yg betul @ baik sebagai motivasi...dan sekiranya ianya tidak betul, Rasulullah saw akan menegur bagi memperbaiki sesuatu amalan itu.
...inshaAllah jika berkelapangan akan disambung lagi dengan petanda2 & kiasan Nabi tentang dekatnya kewafatan Baginda saw...& satu lagi, teringat topik 'shafaat pada masa hari akhirat' masih belum sempat dimasukkan di sini...inshaAllah akan dimasukkan kemudian sebab terasa nak kongsi tentang kewafatan Rasulullah saw ni dulu...mudahan ada manfaat & supaya kita lebih alert & moga akan menjadi umat Nabi Muhammad saw yg terbaik dengan mengikuti sunnah Baginda saw yang sahih dalam setiap amalan kehidupan kita baik yg khusus ataupun yg umum & doakan mudahan kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang akan mendapat shafaat dari Nabi Muhammad saw semasa di akhirat nanti dengan izin dan rahmat Allah Ta'ala...ameen Ya Rabbal 'alameen...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabda Rasulullah saw;
"Barangsiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang puasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang berpuasa) tanpa dikurang ganjaran orang yang berpuasa itu sedikitpun."
(HR at Tirmidhi, 807 & disahihkannya)
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 07:19 am by
~iman @ aisyah~