Bismillah...
Alhamdulillah hari ni dapat sambung skit lagi topik terakhir, kiasan tentang dekatnya kewafatan Rasulullah saw...

Sebelum Rasulullah saw wafat, baginda telah menyebut beberapa ungkapan dan melakukan beberapa perbuatan yang menunjukkan baginda akan meninggalkan alam ini menuju kepada Tuhan sekalian alam. Di antara ungkapan-ungkapan dan amalan-amalan itu ialah:
1. Apabila Nabi menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman, baginda telah mengatakan kepadanya yg bermaksud;
"Daripada Muaz bin Jabal bahwa semasa Rasulullah saw mengutusnya ke Yaman, baginda keluar mengirinya untuk memberi wasiat. Tatkala itu Muaz menunggang binatangnya manakala Rasulullah saw berjalan. Selepas selesai memberi wasiatnya baginda berkata, "Wahai Muaz, mungkin engkau tidak akan menemuiku selepas tahun ini atau mungkin engkau akan melewati masjidku ini atau kuburku." Muaz menangis kerana takut berpisah dengan Rasulullah saw. Kemudian baginda berpaling dan melihat ke arah Madinah lalu berkata, "Sesungguhnya orang yang paling utama bagiku ialah orang-orang yang bertaqwa, tidak kira siapa dan tidak kira di mana."
(Sunan An Nasai)
2. Hadith nabi semasa menunaikan haji wida' :
Jahir bin Abdullah berkata, "Aku telah melihat Rasulullah saw melontar Jamrah dengan menunggang seekor unta seraya berkata, "Wahai sekalian manusia, ambillah amalan haji kamu daripadaku, sesungguhnya aku tidak tahu kemungkinan aku tidak membuat haji lagi selepas tahun ini." (Sahih Muslim)
3. Anjuran baginda kepada para sahabat supaya sering mendampingi baginda saw:
Rasulullah saw telah bersabda "Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di dalam tanganNya, akan datang satu hari di mana salah seorang dari kamu tidak akan melihatku. Di waktu itu sekiranya dia dapat melihatku bersama mereka, lebih baik daripada keluarganya dan hartanya."
(Sahih Muslim)
4. Baginda solat ke atas para syuhada' Uhud:
"Daripada Uqbah bin Amir katanya Rasulullah saw telah solat ke atas para syahid Uhud selepas lapan tahun mereka dikebumikan seolah-olah baginda mengucapkan selamat tinggal kepada yang hidup dan yang mati. Kemudian baginda naik ke atas mimbar dan bersabda, "Aku mendahului di hadapan kamu semua, aku menjadi saksi terhadap kamu semua, sesungguhnya tempat pertemuan kita ialah perigiku, aku dapat melihatnya sekarang ini. Aku tidak khuatir kamu akan membuat syirik, tetapi aku khuatir kamu dengan dunia iaitu kamu berebut-rebut untuk mendapatkannya." Uqbah berkata, "Itulah kali terakhir aku melihat Rasulullah saw."
(Sahih Muslim)
Selepas itu Nabi telah diserang sakit. Sakit tersebut berterusan selama 13-14 hari. Sakit tersebut adalah kesan daripada racun yang diletakkan dalam kambing yang disediakan oleh seorang perempuan Yahudi kepada Nabi dan para sahabat baginda di Khaibar berdasarkan hadith berikut yg bermaksud:
Aisyah ra berkata; "Dahulu Nabi saw sering berkata semasa baginda sakit sebelum mati, 'Wahai Aisyah, aku sentiasa merasakan kepedihan makanan yang aku makan di Khaibar. Inilah masanya urat keherku akan terputus (kematianku) disebabkan racun itu."
(Sahih Muslim)
Semoga Allah Ta'ala menjadikan kita pengikut sunnah Rasulullah saw dan memberi kita ganjaran memasuki syurgaNya supaya dapat kita bertemu dengan penghulu sekalian nabi, para nabi, para siddiq, para syahid dan para salih...Ameen Ya Allah..
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 12:53 am by
~iman @ aisyah~