...~ "Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer."
"When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death." [Sahih Bukhari] ~...
diri ini... hanyalah seorang pengembara di bumi Allah... tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu... dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali... sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah... moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. All praises and thanks are Allah's, the Lord(Rabb) of the 'Alamin (mankind, jinn and all that exists). The Most Graciuos, the Most Merciful. The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e the Day of Resurrection). You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything). Guide us to the Straight Way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger, nor of those who went astray.
al-Fatihah 1-7
~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud, "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka."
- Abu Daud -
~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
"Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya."
-Riwayat Ahmad-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk....ameen
-Sahih an Nasai-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri
(al-Ahqaaf 46:15)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"This day I have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion" (Al-Maidah 5:3)
dah lama sangat tak update blog ni... kerja yang tak pernah putus... bermula dari semester baru yang menuntut pengorbanan masa untuk dikongsikan bersama pelajar-pelajar yang dipertanggungjawabkan dalam memberikan kefahaman kepada mereka... berterusan dengan penyediaan soalan dan jawapan tutorial, assignement, test & exam... selesai peperiksaan, sudah pasti semua pensyarah akan disibukkan pula dengan memeriksa kertas jawapan dan seterusnya memasukkan markah ke sistem sebelum meeting majlis pembentangan markah diadakan.. beginilah secara umumnya kerja-kerja pengajaran di setiap semester.. belum masuk lagi dengan kerja2 pengurusan, pembelian barang makmal dan yang tak boleh diketepikan adalah research.. tapi diri ini masih belum dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada research.. hanya sekadar mencari info di internet untuk mendapatkan idea tapi belum menjalankan apa-apa research.. target bagi 2009, inshaAllah kena ada 1 research dalam bidang elektromagnetik selain dari menjadi co-supervisor untuk grant science fund seorang teman seperjuangan yang bukan dari bidang yang sama...
kekerapan balik ke usj juga dah tak seperti sebelum ni...selalunya akan cuba balik seminggu sekali, paling lama pun 2 minggu sekali....tapi sejak kebelakangan ni, hanya dapat balik 3 minggu sekali atau pada cuti panjang... harap sem yang akan datang dapat kembali kepada kekerapan asal balik kampung untuk bersama keluarga...rasa rindu sudah terasa..tak sabar nak balik raya haji nanti..
tika ini, seperti hujung semester lepas, diri ini dan beberapa wakil dari pusat-pusat pengajian yang lain sedang sibuk menyediakan jadual waktu untuk semester baru.. bekerja pada hari sabtu dan ahad..mudahan penyediaan jadual waktu kali ini lebih mudah urusannya berbanding sem-sem lepas...ameen..
masih ada beberapa kerja yang perlu dilaksanakan sebelum hujung tahun 2008.. kursus induksi yang perlu dihadiri dari 24 November hingga 5 Disember.. kursus motivasi bagi pensyarah pada 12-14 Disember, Bengkel Teknik Pengajaran Berkesan denganPower Point 16-17 Disember dan seterusnya, perlu menguruskan perjalanan mesyuarat Program Kejuruteraan Bioperubatan bersama pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dari UM dan UTM pada 22 Disember.. mudahan segala gerakkerja berjalan lancar tika diri disibukkan dengan kursus dan dengan cuti yang banyak di hujung2 tahun ni... cuti krismas mungkin tak balik sebab dah kena mula proses menambahbaikkan nota kuliah subjek Elektromagnetik bagi semester akan datang yang akan bermula pada 30 Disember... dan yang pasti, 4 eksperimen baru akan dijalankan pada sem depan memerlukan modul lab yang baru..mudahan segalanya berjalan lancar & yakin bahawasanya Allah tidak akan membebani hambaNya dengan perkara yang tidak sanggup ditanggunginya...ameen..
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...