BismillahAlhamdulillah segala puji bagi Allah...dapat jg menaip entry yg terakhir dalam persoalan al-Qadr..sebab hujung minggu baru2 ni pegi dakwah training program under macma..bersama bro daniel, bro shah, bro lim, bro yahya, bro kareem, bro kamarudin & tak lupa their wives..alhamdulillah sebab segalanya berjalan dengan lancar & satu program yg penting dlm meneruskan gerakkerja dakwah kpd non muslim..so lps attend fcr class, inilah step seterusnya yg diorang harapkan utk kitaorg apply lepas ni dari ilmu yg kitaorg dpt, inshaAllah..semoga diri ini & sahabat2 yang turut hadir untuk program tu akan dapat istiqamah & dipermudahkan segala urusan selepas ini..kerana setiap sesuatu itu pasti ada dugaannya, jadi kenalah bawa azimat sabar walau ke mana jua yang dituju & apa jua perkara yg dilakukan..satu kenangan..satu lembaran yg baru utk 12 org peserta..segalanya telah ditentukan Allah di PD beach club resort..1-3 oktober...sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang.
Apakah kedudukan beriman dengan al-Qadr dalam agama?Beriman dengan al-Qadr ialah penyempurnaan Tauhid. Begitu juga halnya dengan keimanan terhadap punca-punca yang membawa kepada qadar yang baik dan melarang daripada qadar yang buruk adalah penyempurnaan Syari’ah. Urusan agama ini tidak akan sempurna dan tidak akan kukuh kecuali bagi orang yang beriman dengan al-Qadr dan melaksanakan Syaria’ah.
Rasulullah saw telah menjelaskan tentang al-Qadr ini dan apabila Baginda ditanya oleh sahabatnya
‘Bukankah elok sekiranya kami berserah kepada ketentuan kami dan meninggalkan amalan?’ Baginda saw; menjawab
‘Beramallah kerana setiap seorang akan dipermudahkan untuk apa yang dia dicipta untuknya.’Orang yang menolak al-Qadr kerana mengatakan ianya berlawanan dengan Syari’ah, sesungguhnya dia telah menafikan ilmu dan kuasa Allah Ta’ala. Dia juga telah menjadikan hamba berkuasa sepenuhnya dan mencipta perbuatannya. Dengan ini dia telah menetapkan bahawa di samping Allah Ta’ala terdapat satu tuhan/pencipta lain. Bahkan dia telah menetapkan bahawa semua makhluk adalah tuhan-tuhan/pencipta selain Allah Ta’ala.
Orang yang menetapkan dan menerima al-Qadr dalam bentuk menjadikannya hujah untuk menyalahi da lari dari amalan Syari’ah, menafikan kuasa dan pilihan yang telah diberikan Allah Ta’ala kepada hamba dan menjadikannya dasar kepada pertanggungjawaban, menyangkakan bahawa Allah Ta’ala telah mempertanggungjawabkan hamba-hambaNya dengan oerkara yang mereka tidak mampu ibarat menyuruh seorang buta meletakkan tanda pada mushaf, orang jenis iini sebenarnya telah menetapkan bahawa Allah Ta’ala telah berlaku zalim. Ikutan dan teladannya dalam pegangannya ini ialah iblis yang telah berkata (dalam) firman Allah Ta’ala (al-Araaf 7:16)
“Iblis menjawab ‘Kerana Engkau telah menghukum saya sesat, saya benar-benar akan menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus.”Adapun orang yang benar-benar beriman, mereka beriman terhadap al-Qadr yang baik dan yang buruk serta Allah Ta’ala adalah pencipta semua perkara ini. Mereka patuh kepada perintah dan larangan Syari’ah ini. Mereka menghukum dengannya dalam diri mereka secara sembunyi dan nyata.
Hidayah dan penyesatan adalah di tangan Allah Ta’ala. Allah Ta’ala memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya dengan kelebihanNya dan memberi kesesatan kepada orang yang dikehendakiNya dengan keadilanNya. Allah Ta;ala lebih mengetahui tentang tempat-tempat kelebihan dan keadilanNya. Firman Allah Ta’ala (al-Najm 53:30);
“Dialah yang paling mengetahui siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dia pulalah yang paling mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.”Allah Ta’ala mempunyai hikmat yang tinggi dan hujah yang kuat dalam hal hidayah dan kesesatan. Mereka juga percaya bahwa pahala dan azab bergantung kepada Syari’ah dari sudut perlaksanaan dan peniggalan dan tidak bergantung kepada al-Qadr. Mereka hanya akan menggunakan al-Qadr apabila musibah melanda mereka.
Apabila mereka mendapat kebaikan, mereka berterima kasih kepada yang mengurniakannya kepada mereka dengan berkata seperti dalam firman Allah Ta’ala (al-A’raaf 7:43)
“Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada syurga ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk.”Dan mereka tidak sekali-kali akan berkata seperti mana yang dikatakan oleh orang yang fasiq (dalam) firman Allah Ta’ala (al-Qasas 28:78)
“Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku.”Apabila mereka melakukan kesalahan, mereka akan berkata seperti mana kedua ibubapa mereka telah berkata dalam firman Allah (al-A’raaf 7:23)
“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”Dan mereka tidak sekali-kali akan berkata seperti mana yang dikatakan oleh syaitan dalam firman Allah Ta’ala (al-Hijr 15:39)
“Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat.”Apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata seperti dalam firman Allah Ta’ala (al-Baqarah 2:156)
“Mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali’.”Dan mereka tidak akan berkata seperti mana berkatanya orang2 kafir dalam firman Allah Ta’ala (Ali Imran 3:156)
“Dan mereka mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang “Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh.”Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka. Allah menghidupkan dan mematikan. Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan.”
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan... sedikit coretan at 11:38 pm by
~iman @ aisyah~