Khutbah Pertama Rasulullah saw -siri 2
Bismillah
sambungan...
"Sesungguhnya segala puji bagi Allah. Saya memujiNya dan meminta pertolongan kepadaNya. Kita berlindung dengan Allah daripada segala kejahatan diri kita sendiri dan daripada kekeliruan serta kesalahan yang terdapat dalam perbuatan kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia tidak akan sesat. Dan barangsiapa yang disesatkanNya, maka tidak akan ada uyang dapat memeberikan petunjuk kepadanya. Saya mengaku bahwa tiada Tuhan selain Allah yang tiada sekutu bagiNya. Sebaik-baik kitab adalah kitabullah yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Menanglah orang yang dihiasi Allah hatinya dengan iman, dan dimasukkan Allah ke dalam agama Islam sesudah kafir dan dia memilih kitab Allah daripada sumber berita yang berasal dari manusi, kerana kitab itulah keterangan yang paling baik dan paling utama. Kasihanilah olehmu apa yang dikasihi oleh Allah. Dan cintailah Allah dengan sepenuh hati. Janganlah kamu bosan dan malas membaca Kalam Allah dengan pengajaran yang terdapat di dalamnya. Janganlah sampai hatimu keras daripadanya. Kerana di antara semua yang dijadikan Allah, nanti ada yang dipilih olehNya, yang dinamakan olehNya sebagai pilihanNya, baik berdasarkan amalan yang dilakukan maupun dipilih dari antara hamba-hambaNya, demikian juga di dalam Al-Quran ada cerita-cerita yang telah dipilihNya, juga tentang hukum-hukum yang halal dan haram yang telah ditentukan bagi kamu sekalian.
Sembahlah Allah, dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu apapun juga. Takutlah kamu kepada Allah dengan sesungguhnya. Berlakulah benar dan jujur kepada Allah. Perbaikilah apa yang kamu katakan dengan mulutmu dan berkasih-kasihanlah kamu dengan sesama kamu dengan niat kerana Allah, kerana Allah akan murka jika perjanjiannya dibinasakan dan selamatlah bagi kamu sekalian." Dalam khutbah bahagian yang kedua ini terlihat bagaimana Rasulullah saw memberikan kepada umatnya petunjuk praktis dalam menghadapi perjalanan hidup di dunia. Jika khutbah pertama hanya menyedarkan kepada kita adanya tanggungjawab di akhirat nanti dan tugas kita adalah menghindarkan diri dari api neraka walau dengan sebuah biji kurma atau dengan satu perkataan yang baik, maka dalam khutbah kedua ini lebih banyak kepada cara menjaga diri tersebut dengan membaca petunjuk Allah yang telah dibeikan kepada kita melalui membaca, memahami dan melaksanakan segala uraian yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran.
Petunjuk yang Allah berikan dalam kitab suci adalah petunjuk hidup yang sempurna dan merupakan bahan-bahan pilihan yang diberikan kepada manusia. Di dalamnya juga terdapat cerita-cerita pilihan yang dapat memberikan gambaran kehidupan, baik cerita dan kisah manusia yang telah mendapat petunjuk seperti para nabi dan rasul serta orang-orang yg sale; juga terdapat cerita manusia yang ingkar kepada Tuhan seperti Firaun, Namrus, Qarun, Kaum Nabi Nuh, Tsamud, kaum 'Aad dan lain2 lagi. Allah menceritakan hal tersebut agar kita dapat mengambil pengajaran bagaiman menghadapi kehidupan, terutama mempergunakan nikmat yang telah diberikanNya kepada kita.
Siapa yang mengikut petunjuk, dan dapat mengambil pengajaran dari kisah umat terdahulu maka dia akan menjadi manusia pilihan Allah yang akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia & di akhirat. Sekali lagi Rasulullah saw memperingatkan bahwa petunjuk tersebut, semua perintah Allah harus dilaksanakan tanpa ada sedikitpun sekutu kepadaNya. Amal ibadah yang dilakukan, segala perbuatan yang dilakukan tidak boleh bercampur dengan unsur kemusyrikan baik syirik besar seperti penyembahan kepada selain Allah atau syirik kecil seperti melakukan sesuatu dengan riak, kerana riak adalah sebahagian daripada syirik. Mengapa dikatakan riak adalah mensyirikkan niat dalam amal perbuatan? ini adalah kerana orang yang riak adalah orang yang berniat agar perbuatannya juga untuk dilihat, untuk kepentingan diri, untuk hawa nafsu dan lain2 sebagainya.
Akhir daripada khutbah, Rasulullah saw memeringatkan kita agar tetap berpegang dengan janji manusia dalam alam roh untuk tetap beriman kepadaNya. Siapa yang menepati janji beriamn kepada Allah maka dia akan selamat sedangkan siapa yang merosak janji tersebut maka dia akan celaka...boleh tgk semula di
dalil bg ketentuan seumur hidup pada hari pengambilan 'perjanjian'. Inilah inti daripada khutbah pertama Rasulullah saw.
~ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah memberikan kita 2 perkara untuk sama2 kita pegang dalam melayari kehidupan di dunia ini agar tidak tersesat jalan menuju ke destinasi akhir kita iaitu akhirat..kerana di jalan ini akan ada simpang2 di sebelah kiri dan kanan yang tidak harus kita ambil kerana takut2 nanti tersesat jalan & tak dapat kembali semula ke main road...nauzubillah. kalau setakat jatuh, perkara biasa tapi kena cepat2 bangun semula & perbaiki luka2 yang ada & terus melangkah dengan sabar & berhati2 dlm meneruskan perjalanan yg satu ini hingga ke akhirnya...so, 2 perkara ni ialah al-Quran & sunnah Rasul..& seperti yang kita tahu, al-Quran ini diturunkan dalam bulan yang penuh berkat [1]..iaitu bulan Ramadhan yang sekarang ni kita berada...semoga akan dapat memperbanyakkan membaca & tadabbur kalam Allah ini di bulan Ramadhan ini..& semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah ...ameeen Ya Rabb ~
[1] firman Allah (al_Baqarah 2:185);
"The month of Ramadhan in which was revealed the Quran, a guidance for mankind and clear proofs for the guidance and the criterion (between right and wrong)..."