...~ "Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer."
"When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death." [Sahih Bukhari] ~...
diri ini... hanyalah seorang pengembara di bumi Allah... tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu... dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali... sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah... moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. All praises and thanks are Allah's, the Lord(Rabb) of the 'Alamin (mankind, jinn and all that exists). The Most Graciuos, the Most Merciful. The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e the Day of Resurrection). You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything). Guide us to the Straight Way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger, nor of those who went astray.
al-Fatihah 1-7
~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud, "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka."
- Abu Daud -
~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
"Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya."
-Riwayat Ahmad-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk....ameen
-Sahih an Nasai-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri
(al-Ahqaaf 46:15)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"This day I have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion" (Al-Maidah 5:3)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
just copy & paste some quote yg diberikan oleh fid..shukran krn menjadi sahabah untuk diri yg serba kekurangan ni..semoga kasih sayang dalam persahabatan ini sentiasa dalam rahmat Allah....ameen
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah;
Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi
Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan
~~~~~~~~~~~~~
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia). Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya." Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.
(Ali-Imran:3:8-9)
semoga akan terus ditempatkan di kalangan orang2 yang sabar, memperoleh kebaikan di dunia lebih2 lagi di akhirat sana & dengan diri yang sentiasa terpimpin di atas jalan yang diredhaiNya...ameen
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Apakah dia jalan yg lurus yg Allah perintahkan kita supaya mengikutinya & melarang kita daripada mengikuti jalan yg lain?
Jalan yg lurus ialah agama Islam yg diutuskan oleh Allah kpd para RasulNya, diturunkan kitab2nya, tidak akan diterima selain darinya dan tidak akan selamat org yg mengikuti selainnya. Orang yg mengikuti jalan lain akan sesat dan terpesong.
firman Allah Ta'ala (al-An'aam 6:153) "Dan ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya."
Terdapat sebuah hadith: nabi saw telah menggariskan satu garisan, kemudian bersabda: "Ini ialah jalan Allah yang lurus." Kemudian baginda menggariskan garis-garis di kanan dan kirinya lalu berkata: "Ini ialah jalan-jalan yang mana setiap jalan itu mempunyai syaitan yang memanggil orang kepadanya." Kemudian baginda saw membaca ayat dari surah al-An'aam 6:153; "Dan ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya."
sabda Rasulullah saw: "Allah telah membuat satu perumpamaan iaitu sebuah jalan yang lurus, di sebelah kanan dan kiri jalan itu terdapat pagar. Pada setiap pagar itu terdapat pintu-pintu yang terbuka. Pada setiap pintu itu terdapat langsir yang menutupnya. Di atas pintu jalan yang lurus itu ada seorang yang melaungkan, "Wahai sekalian manusia, masuklah jalan yang lurus ini, kesemua kamu dan janganlah berpecah belah." Terdapat seorang lagi di atas jalan yang lurus ini. Apabila ada orang yang hendak membuka salah satu dari pintu-pintu itu, dia akan melaungkan "tidak guna engkau, jangan buka pintu itu kerana kalau kamu buka kamu akan masuk." Jalan yang lurus itu adalah Islam, pagar itu ialah hudud (undang-undang) Allah, pintu-pintu yang terbuka itu ialah larangan-larangan Allah, orang yang melaungkan di pintu jalan ialah Al-Quran dan orang yang melaungkan di atas jalan itu ialah pemberi peringatan dari Allah di dalam setiap jiwa orang yang beriman." (HR Ahmad-dr sumber yg sahih)
alhamdulillah, ni sedikit ilmu yg baru dapat masa kelas akidah ahad baru ni...inshaAllah akan sambung lg utk sikit pengisian lg..cume ustaz ade sebut hari tu, kalau kita nak sentiasa atas jalan Allah yang lurus ni..kene ada usaha dari diri kita sendiri...yang pertamanya, mesti ada ilmu & seterusnya dari ilmu yg bermanfaat tu, kita amalkan dengan ikhlas & berlandaskan syariat. juga perlu banyakkan doa agar kita sentiasa dipimpin Allah & ditunjukkan jalan yang lurus...seperti yang selalu kita baca setiap kali dalam solat, (al-Fatihah 1:6); "Tunjukilah kami jalan yang lurus".
perlu banyak berdoa kerana manusia seringkali diuji dengan godaan syaitan & nafsu...setiap orang lain ujiannya..ustaz ada sebut, sebagai contoh, orang yang banyak ilmu godaan syaitan lain caranya..mungkin lebih kepada penyakit hati seperti riak, ujub dan sebagainya yang merasakan diri hebat dek ilmu & amal yang banyak..yang akhirnya die akan melihat orang lain rendah atau tidak sehebat dia. bagi orang yang sudah terbiasa dengan maksiat, syaitan akan kata, buat ape nak taubat, kau dah buat banyak dosa..nak taubat pun dah tak guna...tapi di sini, kita kena ingat yang Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dia akan mengampunkan dosa2 hambaNya yang bertaubat kepadaNya selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong, selagi belum matahari terbit dari arah barat..kerana memang manusia itu seringkali lupa & alpa. dan Allah memang suka pada hamba2Nya yang kembali kepadaNya setelah melakukan kesalahan, yang benar2 insaf & bertaubat kepadaNya. semua ini perlukan kekuatan...inshaAllah sama2 kita mohon dari Dia agar diberikan kekuatan untuk meruskan hidup di dunia yang sementara ni dalam redhaNya. mudahan kita semua sentiasa di bawah naungan keampunan Allah SWT & sentiasa di atas jalan yang diredhaiNya...ameen Ya Rabbal 'Aalamin.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah dengan segala nikmat yg telah dikurniakan terutama sekali nikmat iman & islam....syukur juga pada Ilahi krn diri ini masih dipanjangkan umur bagi meneruskan baki2 hidup yang masih ada, yang tidak diketahui bila akan penghujungnya. hidup harus diteruskan walau dlm apa jua keadaan yg menimpa diri kerana amanah yang sudah ditaklifkan harus kupikul sedaya mampu berbekalkan kekuatan & pertolongan serta pimpinan dariNya Yang Maha Berkuasa.
kat sini, inshaAllah nak kongsi sedikit ilmu yg ada..tadi sebelum bersiap ke kelas di tmn tun, ade dengar motivasi pagi...alhamdulillah krn kupasan ustaz syukri menyuburkan sedikit hati yg sentiasa perlukan peringatan. topik yg disampaikan adalah zikir & jemaah haji...spesifically this topic is for jemaah haji, but zikir ni kita boleh amalkan di setiap masa yg terluang...& juga di setiap tempat. so, secara ringkasnya, beberapa kepentingan zikir ni:
mendapat keredhaan Allah
menjauhkan diri dari syaitan
menyucikan jiwa means menghapuskan dosa2 kecil2
memperoleh keberkatan dalam rezeki
mendapat ketenangan hati
malaikat turut mendoakan orang2 yang berzikir kepada Allah
ada beberapa point yang diri ini tak ingat sebab dengar sambil2 buat kerja..sesungguhnya yg baik itu dr Allah, & segala kekurangan dari diri yg lemah ini.. apa2 pun semoga ilmu yg sedikit ni dapat manfaat & dapat kita amalkan utk perbaiki diri ke arah yg lebih baik, inshaAllah.. ada juga disebut beberapa zikir yang diamalkan oleh Rasulullah saw seperti yg sudah kita ketahui. selain itu, pentingnya utk kita sentiasa berdoa kepada Allah kerana Rasulullah saw sendiri selepas solat mohon kepadaNya "Ya Allah berikan aku pertolongan & bantuan dalam mengingatiMu, dalam beramal kepadaMu & untuk aku memperbaiki amalanku...ameen". Rasulullah saw yang maksum juga bermohon pada Allah agar diberikan bantuan & kekuatan dalam mengingati & beribadah kepadaNya...apatah lagi kita hamba Allah yang lemah & seringkali lupa, yang seringkali melakukan dosa tanpa kita sedari. hanya pada Allah kita mohon pertolongan untuk terus berada di atas jalanNya yg diredhai.
ganjaran bagi orang2 yang berzikir tidaklah kita nampak di dunia ini, tapi hasilnya adalah di akhirat sana. semoga kita akan mendapat nur iaitu cahaya di sisi Allah hasil dari berzikir (mengingati) kepadaNya & semoga kita sentiasa berada di bawah naungan keampunan Allah Ta'ala..ameen Ya Rabb
~ zikir umpama air yang menitis di atas batu yang keras yang akhirnya menjadikan batu itu kepada ketulan2 yang kecil, begitu juga hati yg keras, yang lama kelamaan akan dapat dilembutkan hasil dari zikir kita kepada Allah SWT~
Alhamdulillah
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Jangan Beralasan Anda Jahil Terhadap Suara Hati Anda
Jangan Beralasan Anda Jahil Terhadap Suara Hati Anda
petikan: Jangan Beralasan Anda Jahil
oleh: Harun Yahya
Bismillah
Sepanjang hayat, manusia sentiasa diuji dgn insiden-insiden yg dilaluinya dan juga adanya suara hati. Semasa ujian ini, kita akan menghadapi 2 pilihan: samada kita menuruti suara hati yg diilhamkan oleh Tuhan atau kita menuruti nafsu semata2 yg selalunya mendorong ke jalan yg salah. Allah telah menarik perhatian kita kpd 2 'suara' ini melalui ayat yg berikut;
"Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan kejadiannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa."
(as-Syams:7-8)
Nafsu manusia selalunya mudah mendorong kepada sikap menentang, zalim dan tidak menurut perintah2 Allah. Ia sebenarnya lebih mudah menuruti arahan2 syaitan yg memesongkan manusia drp mencari keredhaan Allah. Syaitan melakukannya dgn halus sekali. Sekiranya manusia enggan mendengar rasa hatinya yg suci, beliau akan mudah dipengaruhi oleh bisikan2 syaitan.
Namun dlm apa jua keadaan, suara hati ini selalunya terpendam sehinggalah saat akhir usia manusia. Pada waktu itu walaupun berlakunya bisikan2 syaitan, suara hati tersebut mengarahkan manusia utk melakukan perbuatan yg diredhai.
Ini adalah satu sistem yg tidak ada tolok bandingnya yg telah dianugerahkan Allah kepada kita. Semua manusia, tanpa mengira pengalaman hidupnya, ke mana akan pergi atau asal-usulnya, beliau tetap memiliki panduan ke jalan yg lurus. Ingatlah, anda sentiasa memiliki panduan ke jalan yg benar. Janganlah berpura2 tidak tahu mengenai suara hati ini.
Tambahan pula, suara hati bukanlah satu nikmat yg hanya dianugerahkan kpd orang2 beriman. Ia wujud juga dalam semua individu, termasuk yg tidak beriman. Namun, perbezaannya ialah org beriman menuruti suara hatinya. Orang2 yg tidak beriman memenuhi kehendak nafsunya walaupun suara hatinya menyebut perkara yg lain.
Seseorang itu sepatutnya berasa risau sekiranya tidak dapat membezakan antara kedua2 suara hati ini. Namun, ingatlah bahawa suara hati kita tidak pernah gagal untuk melihat melihat kebenaran walaupun seketika; dgn serta merta ia mengatakan kebenaran. Nafsu pula memberikan pelbagai alasan. Nafsu jahat selalunya mendorong seseorang itu agar tidak melaksanakan apa yg digalakkan oleh suara hatinya. Dengan kata lain, apabila berhadapan dgn suatu insiden, sangkaan awal yg terlintas itu adalah suara hati. Sedangkan semua bentuk alasan yg kita ada2kan adalah dari nafsu. setiap kali anda terdengar suara hati anda, janganlah pura2 tidak memahaminya. Suara hati yg baik mengajak kita mendapatkan keredhaan Allah.
Sekiranya seseorang itu kerap mengabaikan suara hatinya, lama kelamaan ia akan menjadi hamba kpd nafsunya sendiri. Akhirnya ia akan gemar melakukan sesuatu yg zalim (merosakkan diri). Walaupun sikap seumpama ini hanya membayangkan keutamaan yg diberikan oleh seseorang, sebenarnya beliau telah gagal dalam ujiannya. Akibatnya, beliau boleh kehilangan kehidupan abadi yg diredhai & terpaksa melalui kehidupan akhirat yg merugikan. Manusia bertanggungjawab atas dirinya sendiri sebagai hamba Allah. Kejayaannya hanya boleh dicapai sekiranya beliau bertindak selaras dengan Al-Kitab dan menuruti suara hatinya. Di dalam al-Quran, Allah telah megishtiahrkan bahawa semua orang yg berpura2 tidak memahami fakta ini sebagai 'gagal'; seperti dalam firmanNya (al-Syams:7-8).
Pastinya semua orang mempunyai pengalaman betapa pedihnya sesuatu sesalan. Punca utama perasaan seperti ini adalah akibat tidak mendengar suara hati sendiri, yg sebenarnya bertindak sbg satu amaran kpd manusia. Di dlm keadaan yg tertentu, keperitan ini hanya dapat diubati dgn membetulkan kesilapan yg telah dilakukan atau mengubah keutamaannya selama ini. Proses ini boleh menjadi satu yg berat utk dilaksanakan. Oleh itu, jgnlah pura2 tidak memahami semasa anda benar2 menyesal. Sesalan ini membuktikan kesilapan2 yg pernah anda lakukan, suara hati anda pula telah menerangkan apakah dan dimanakah kesilapan yg telah anda lakukan. Rebutlah peluang ini utk memperbaiki diri anda selagi masa masih ada. Sekiranya tidak, di akhirat kelak, anda akan menyesal tidak terhingga selama-lamanya sehingga diampunkan oleh Allah yang Maha Pengampun.
Walaupun diri anda sukar menuruti suara hati, janganlah berpura2 tidak mengetahui bahawa suara hati anda sebenarnya membimbing ke jalan yg benar. Ingatlah Allah memiliki suara hati yg mutlak. Sekiranya anda berterusan mengikut ajaran Al-Quran dan sentiasa peka kpd suara hati anda, Allah SWT akan menganugerahkan anda balasan yg tidak terhingga walaupun perbuatan2 anda itu nampaknya remeh sahaja. Di sebaliknya, bagi orang2 yg berterusan bersikap jahil kpd ajaran Al-Quran dan suara hati mereka , sudah tentu balasan Allah tidak akan sama.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
segala puji bg Allah krn diri ini masih dpt merasai nikmat yg Dia berikan terutama sekali nikmat iman & Islam...kerana sesungguhnya Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang. segala puji & syukur pada Allah kerana masih memberikan ketenangan & ketabahan di hati hambaNya yg kerdil ini walaupun berhadapan dgn ujian yang tak diduga....hanya padaNya ku mohon kekuatan agar dapat meneruskan kehidupan ini seperti biasa & sentiasa di atas jalan yg diredhaiNya...ameen
semalam ajak mas tido kat rumah sebabnya ingat nak ke kelas kul 8 pagi.. tp bila kol hajar, dpt tahu kelas cancel plak..so tukar perancangan alang2 da free ari ni...mas belanja makan.. ermmm...fav food plak tu..alhamdulillah rezeki..asalnya perancangan ari isnin dan nk belanja orang lain tapi sebab da temankan die, so kire makan sekali la :) ape2 pun time kasih buat adik berdua krn sentiasa bersama akak dlm waktu susah & senang.
May Allah stay with u today and give u peace of mind, taufiq wal hidayah, may He give u a happy heart and His love all the time..good luck
-adik dr madinah-
i know u r so-so B U S Y, But.. take 3 seconds to ZIKIR to ALLAH ..SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR. May ALLAH bless u...
-cha'um-
A FRIEND like you is a gift that paints a smile in my HEART.. it gives memories that will stay in me.. not for a while, but for a.. L-I-F-E-T-I-M-E.
-hanim-
kul 3 pg td dpt msg dr sorang junior..
sesungguhnya dunia ini hanyalah DARUL IBTILAK...Utk diuji..Maka bersyukurlah kita ats segala nikmat yg dikurniakan..Jgn sekali2 b'putus asa dgn RAHMAT ALLAH.. sesungguhnya setiap ujian dan dugaan adalah tarbiyyah drp Allah utk tingkatkn iman kite..Sekdr renungan.ALLAHUA'LAM.
dan ptg td dpt msg dr sorang junior yg lain...
Letaklah kasih krn ALLAH, psti hidupmu lebih terARAH. Setiap saat dipayungi RAHMAH, hati tenang hilang RESAH. Segala takdir PASRAH DITADAH, Gelora dugaan dihadapi TABAH...
msg akhir setakat ni kul 3.33 ptg..dapat satu berita sedih & yg mengejutkan...'Ayah dah tak de'..sedar ngan msg ni dalam kul 3.45 masa queue nk bayar barang...sebelum tu dia da call tp tak sedar sbb tengah membeli barang2 dapur kat carrefour...sama2la kita sedekahkan al-fatihah buat arwah...moga ruhnya ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman...ameen. diri ini timbul rasa bersalah sebabnya cadangan asal nk turun taiping lagi dlm minggu ni utk ziarah ayahnya di hospital...tp perancangan hanya tinggal perancangan disebabkan ada sedikit masalah di saat akhir yg perlu diselesaikan menyebabkan diri ini terlupa akan perancangan asal minggu ni. masa drive balik kol kawan ni bertanya khabarnya..ermm...sedih bila dengar die menangis..sempat berikan sikit kata nasihat & semangat..then die ckp, takpe mmg die, mak & kuarga die redha ayah da pergi. ermm..diri ini terfikir, memangla sedihkan bila kehilangan org yg tersayang..tp inilah lumrah kehidupan..setiap org pasti akan merasai perpisahan itu..hidup di dunia hanyalah sementara.. setiap dari kita pasti akan kembali kepada Tuhan yang menciptakan kita. sampai rumah kol ayah bg tahu ttg berita ni dan cuba minta kebenaran nk balik taiping, drive sorang2..tp ayah tk bagi, sbb jauh katanya...ntahla klu ikutkan hati mmg nak pergi je.. hanya doa yg dpt kusampaikan agar segala urusan pengurusan jenazah berjalan lancar & dipermudahkanNya...ameen
sekadar renungan....
"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan"
(al-Fussilat:49)
semoga diri ini dijauhkan dari sifat putus asa & sentiasa digolongkan dalam golongan org2 yg bersabar...kerana apa yg terjadi sudah tertulis dan adalah ketentuan Ilahi...teruskan hidup dengan menggantungkan PENGHARAPAN & KEPERCAYAAN YANG PENUH HANYA PADA DIA....ALLAH YANG MAHA ESA..KERANA DIA PEMILIK DIRI INI.....bukan pada yg lain.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
BismillahirraHmaanirraHeem (In the Name of Allah the Most Gracious Most Merciful)
Khaatam al-nabiyyin (penutup segala nabi) seperti yang kita ketahui adalah Muhammad saw. tapi apakah dalil terhadap perkara ini?
Firman Allah Ta'ala (al-Ahzab-33:40)
"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi.."
Sabda Rasulullah saw:
"Sesungguhnya akan wujud di dalam umatku 30 pembohong. Semuanya mendakwa bahwa dia adalah nabi sedangkan aku adalah penutup segala nabi. Tiada nabi selepasku."
(HR at-Tirmizi)
Sabda Rasulullah saw:
"Tidakkah engkau redha mendapat kedudukan denganku seperti kedudukan Harun dengan Musa, cuma bezanya ialah tiada nabi selepasku"
(HR al-Bukhari & al-Muslim)
Sabda Rasulullah saw tentang dajjal:
"Sesungguhnya dia bermula dengan berkata 'Aku adalah nabi" sedangkan tiada nabi selepasku."
(HR Ibnu Majah)
Apakah keistimewaan Nabi kita Muhammad berbanding dengan nabi-nabi yang lain?
Nabi saw mempunyai pelbagai keistimewaan dan perkara2 ini telahpun dikarang oleh para ulama'. Di antaranya ialah:
penutup segala nabi
penghulu anak-anak Adam seperti mana ditafsirkan firman Allah Ta'ala (al-Baqarah:2:253) "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian mereka ats sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya1 beberapa darjat" ...1 yakni Nabi Muhammad saw. Sabda Rasulullah saw: "Aku adalah penghulu anak Adam pada hari Kiamat dan orang pertama dibuka kuburnya serta orang pertama memberi syafaat dan diterima syafaatnya."
dia diutuskan kepada semua manusia dan jin. Firman Allah Ta'ala (al-A'raaf:7:158) yang bermaksud; "Katakanlah 'Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua..'" dan firman Allah Ta'ala dalam al-Furqan:25:56; "Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa khabar genbira dan pemberi peringatan." Sabda Rasulullah saw: "Aku telah diberi lima perkara yang tidak diberi kepada seorangpun dari kalangan para nabi sebelumku. Aku dibantu dengan perasaan takut (musuh) selama sebulan (sebelum bertempur). Bumi dijadikan tempat solat dan penyuci bagiku; sesiapa sahaja dari kalangan umatku yang wajib solat hendaklah dia bersolat (di mana sahaja). Dihalalkan kepadaku harta rampasan perang. Setiap nabi diutuskan kepada kaumnya sahaja sedangkan aku diutuskan kepada sekalian manusia. Aku juga diberi hak syafaat." (HR al- Bukhari) dan sabda Rasulullah saw lagi; "Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di dalam tanganNya, tidak seorang pun dari umat ini samada Yahudi atau Nasrani yang mendengar tentangku kemudian dia mati tanpa beriman dengan apa yang aku diutuskan dengannya kecuali dia menjadi salah seorang dari ahli ahli neraka." (HR al-Muslim)
Alhamdulillah akhirnya dapat juga letakkan sikit pengisian di sini setelah beberapa lame hanya isikan dengan pengalaman dlm kehidupan..doakan mudahan dapat istiqamah dalam menyampaikan sedikit ilmu yang ada utk manfaat bersama...ameen.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Alhamdulillah..segala perancangan minggu lepas berjalan dgn lancar kerana Dia, Allah Yang Maha Berkuasa telah mempermudahkan sgala urusan hambaNya yang lemah ini ...walaupun agak penat & terkejar2 & juga terpaksa berkorban beberapa perkara. Alhamdulillah...yg pastinya conference thn ni tidak spt tahun lepas..then balik ke taiping dengan tujuan yg terlaksana walaupun ade sedikit rintangan semasa hendak sampai ke sana..ape pun alhamdulillah krn telah selamat pergi & kembali
hati masih risaukan keadaan seorang teman yg tidak sihat sejak ahad lps..tak tahu keadaan dirinya sekarang ni bagaimana.. ermm..ape2pun serahkan pd Dia Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu..hidup harus diteruskan..& hanya doa yg dpt kupanjatkan.. mudahan kesihatannya semakin baik, sentiasa dlm ketenangan, semoga segala urusan dipermudahkan & dapat terus berbakti pd Allah Yang Maha Esa...jg semoga sentiasa dlm rahmat & lindungan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...ameen
petang td, sesampai dr taiping, seusai solat...ketika diri masih di tikar sejadah dgn hati yg sedang berbicara, mencari jawapan pd satu persoalan...tetibe dapat sms:
ada tak wanita yg sanggup mnjadi janda oleh krn suaminya brcita2 utk syahid, menyayangi suaminya hanyalah krn Allah,snggup dirinya brkhdmat utk ke2 ibubapa suaminya, tk terlalu mengejar dunia, baginya cukuplah di sisinya seorg suami yg soleh petunjuk jln ke arah syurga Allah, dirinya penyejuk mata suami, sayap kiri prjuangan. masih adakah srikandi sprt ini...
subhanallah...macam2 perasaaan timbul bila baca sms ni & terus teringat pada seorang teman..tapi... tak mungkin & tertanya2 siapa pulak yg bg msg ni sbb no yg keluar tu dr area tanah arab...& mmg tkde dlm simpanan fon book..just reply..tiada yg mustahil di dunia ini sekiranya Allah ingin melahirkn srikandi yg rindukn syurgaNya d zmn ini etc.... ermm..at last dpt tahu jg siapa yg bg sms ni...sorang shbat dr madinah. da lama lost contact & tk de khabar berita..tetibe je dpt msg ni:)...segalanya dengan takdir Allah...inshaAllah..akak doakan awk akan bertemu ngan apa yg diimpikan & mudahan sgala cita2 akan tercapai...ameen..& study smart & semoga tergolong dlm golongan anak2 yg soleh & dlm golongan orang2 yg beruntung di akhirat sana...ameen Ya Rabb
6 formula supaya diri tidak berdukacita:
yakin sepenuhnya kpd Allah
sedar bahwa semua yg sudah Allah takdirkan pasti akan berlaku
sabar adalah senjata paling berkesan yang digunapakai oleh orang2 yg mendapat ujian
jika diri tidak sabar, lalu apa yg boleh dilakukan...pastinya diri tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah..so, fikir2kan
mungkin sahaja diri akan berada dalam keadaan yg lebih buruk daripada keadaan skrg ini, wallahu'alam
dari semasa ke semasa, inshaAllah jalan keluar akan terus terbuka
sumber: la tahzan
ok, semoga hari2 mendatang akan lebih baik dari hari ini & semalam, inshaAllah...
.. HasbunaaLlahhu wani'malwakiil .. .."Cukuplah Allah bagi kami dan Dia (bagi kami) adalah sebaik-baik Pelindung"..
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
hari2 terus berlalu..pelbagai rencah kehidupan dilalui dengan pelbagai emosi ciptaan Yang Maha Suci, Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu...sememangnya diri ini hanyalah insan yg lemah lagi dhaif.
4 pg..dikejutkan dengan berita kembalinya ayah mas ke rahmatullah..sesungguhnya, drNya kita datang & kepadaNya kita akan kembali.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh...al-fatihah buat arwah...ameen.
9++ pg..dpt sms dr kawan baik sejak dr sekolah menengah..berita tentang ayahnya yg sedang nazak..diri ini memang sudah bercadang utk turun ke taiping jumaat ini untuk ziarah ayah & keluarganya..teringat zaman sekolah dulu..pernah beberapa hari menginap di rumahnya utk membantu serba sedikit masa kenduri kawin kakak dia..memang da rapat, dan da macam kuarga sendiri..jd semua perkembangan kuarganya pasti akan diberitahu walau ape jua keadaan. terfikir..entah sempat atau tidak untuk bertemu dgn pakcik yussof..mudahan ayahnya dpt kuatkan semangat untuk terus hidup..hanya Allah yg lebih mengetahui segalanya. semoga dipermudahkan apa2 yg terbaik buat hambaNya yg lemah ini.
diri ini masih disibukkan dengan kertas kerja & jurnal yang harus disiapkan dalam minggu ini juga..alhamdulillah satu kertas kerja sudah pun disiapkan kul 4 pagi semalam..rasanya sudah hampir 2 minggu cuba untuk menyiapkan, Alhamdulillah akhirnya siap jg..sekarang ni tengah tunggu supervisor semak & mungkin kene buat pembetulan pula selepas ni...
rabu & khamis ni ada presentation utk conference..slide show masih dalam proses..mudahan segalanya dipermudahkan Allah...esp hari presentation nanti..ameen..taknak jadi macam tahun lepas...lepas present rasa mcm nak pitam...sbb nervous sgt + demam yg sudah seminggu tak sembuh2 masa tu
terasa masih banyak yang perlu diperbaiki untuk diri ini..terasa seperti makin hari makin leka...sedangkan sudah banyak peringatan yang Allah berikan..insaflah wahai diri..jangan terlalu leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini...mudahan akan terus menjadi hambaNya yang istiqamah & sentiasa dlm pimpinanNya..peka pada setiap apa yang datang dariNya..sabar & terus bersyukur...serta berada di bawah keredhaanNya..mudahan diterima setiap amalan & diterima sebagai hambaNya yang soleh...ameen
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...