...~ "Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer."
"When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death." [Sahih Bukhari] ~...
diri ini... hanyalah seorang pengembara di bumi Allah... tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu... dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali... sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah... moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. All praises and thanks are Allah's, the Lord(Rabb) of the 'Alamin (mankind, jinn and all that exists). The Most Graciuos, the Most Merciful. The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e the Day of Resurrection). You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything). Guide us to the Straight Way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger, nor of those who went astray.
al-Fatihah 1-7
~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud, "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka."
- Abu Daud -
~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
"Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya."
-Riwayat Ahmad-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk....ameen
-Sahih an Nasai-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri
(al-Ahqaaf 46:15)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"This day I have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion" (Al-Maidah 5:3)
Alhamdulillah hari ni dapat sambung skit lagi topik terakhir, kiasan tentang dekatnya kewafatan Rasulullah saw...
Sebelum Rasulullah saw wafat, baginda telah menyebut beberapa ungkapan dan melakukan beberapa perbuatan yang menunjukkan baginda akan meninggalkan alam ini menuju kepada Tuhan sekalian alam. Di antara ungkapan-ungkapan dan amalan-amalan itu ialah:
1. Apabila Nabi menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman, baginda telah mengatakan kepadanya yg bermaksud;
"Daripada Muaz bin Jabal bahwa semasa Rasulullah saw mengutusnya ke Yaman, baginda keluar mengirinya untuk memberi wasiat. Tatkala itu Muaz menunggang binatangnya manakala Rasulullah saw berjalan. Selepas selesai memberi wasiatnya baginda berkata, "Wahai Muaz, mungkin engkau tidak akan menemuiku selepas tahun ini atau mungkin engkau akan melewati masjidku ini atau kuburku." Muaz menangis kerana takut berpisah dengan Rasulullah saw. Kemudian baginda berpaling dan melihat ke arah Madinah lalu berkata, "Sesungguhnya orang yang paling utama bagiku ialah orang-orang yang bertaqwa, tidak kira siapa dan tidak kira di mana."
(Sunan An Nasai)
2. Hadith nabi semasa menunaikan haji wida' :
Jahir bin Abdullah berkata, "Aku telah melihat Rasulullah saw melontar Jamrah dengan menunggang seekor unta seraya berkata, "Wahai sekalian manusia, ambillah amalan haji kamu daripadaku, sesungguhnya aku tidak tahu kemungkinan aku tidak membuat haji lagi selepas tahun ini." (Sahih Muslim)
3. Anjuran baginda kepada para sahabat supaya sering mendampingi baginda saw:
Rasulullah saw telah bersabda "Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di dalam tanganNya, akan datang satu hari di mana salah seorang dari kamu tidak akan melihatku. Di waktu itu sekiranya dia dapat melihatku bersama mereka, lebih baik daripada keluarganya dan hartanya."
(Sahih Muslim)
4. Baginda solat ke atas para syuhada' Uhud:
"Daripada Uqbah bin Amir katanya Rasulullah saw telah solat ke atas para syahid Uhud selepas lapan tahun mereka dikebumikan seolah-olah baginda mengucapkan selamat tinggal kepada yang hidup dan yang mati. Kemudian baginda naik ke atas mimbar dan bersabda, "Aku mendahului di hadapan kamu semua, aku menjadi saksi terhadap kamu semua, sesungguhnya tempat pertemuan kita ialah perigiku, aku dapat melihatnya sekarang ini. Aku tidak khuatir kamu akan membuat syirik, tetapi aku khuatir kamu dengan dunia iaitu kamu berebut-rebut untuk mendapatkannya." Uqbah berkata, "Itulah kali terakhir aku melihat Rasulullah saw."
(Sahih Muslim)
Selepas itu Nabi telah diserang sakit. Sakit tersebut berterusan selama 13-14 hari. Sakit tersebut adalah kesan daripada racun yang diletakkan dalam kambing yang disediakan oleh seorang perempuan Yahudi kepada Nabi dan para sahabat baginda di Khaibar berdasarkan hadith berikut yg bermaksud:
Aisyah ra berkata; "Dahulu Nabi saw sering berkata semasa baginda sakit sebelum mati, 'Wahai Aisyah, aku sentiasa merasakan kepedihan makanan yang aku makan di Khaibar. Inilah masanya urat keherku akan terputus (kematianku) disebabkan racun itu."
(Sahih Muslim)
Semoga Allah Ta'ala menjadikan kita pengikut sunnah Rasulullah saw dan memberi kita ganjaran memasuki syurgaNya supaya dapat kita bertemu dengan penghulu sekalian nabi, para nabi, para siddiq, para syahid dan para salih...Ameen Ya Allah..
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Alhamdulillah dapat sambung balik sedikit pengisian tentang kewafatan Rasulullah saw, kesinambungan dari entry 14 Oct 05
Seperti yang kita tahu, Rasulullah saw adalah penutup semua nabi, maksudnya agama yang dibawa oleh Baginda saw adalah satu agama yg sempurna dan mestilah yang boleh mengembangkan atau memajukan sesuatu negara. Jadi, di antara petanda-petanda yang menunjukkan dekatnya ajal Rasulullah saw ialah:
1. Pembukaan Mekah pada tahun 8 Hijrah - Islam sudah sampai ke tahap yang tinggi
2. Rombongan-rombongan Arab telah datang dan memeluk agama Islam - Islam dah tersebar dengan luas juga menunjukkan tugas Nabi yang hampir selesai
3. Peperangan menentang Rome, tentera Al-Usrah
4. Tunduknya semenanjung Arab kepada Islam - bila Quraisy dah takde means sape lagi yg berani nak serang Islam
5. Turunnya ayat (al Maidah 5:3)
"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku, dan telah Ku redhai Islam itu sebagai agama bagimu."*
*ayat ni turun semasa di padang Arafah, musim haji, tahun2 terakhir kewafatan Nabi. selepas ayat ini hanya ada 1 atau 2 ayat je yang turun...& ayat yang terakhir turun adalah ayat 281 surah al Baqarah.
6. Turunnya surah al-Nasr:
Terdapat riwayat bahawa Umar selalu mendekatkan Ibnu Abbas di dalma majlisnya. Abdul Rahman bin Auf telah berkata kepada Umar, 'Kami juga mempunyai anak-anak seperti beliau.' Umar menjawab, 'Beliau ada kedudukan yang kamu juga tahu.' Maka Umar pun bertanya Ibnu Abbas tentang ayat ini { Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan- an Nashr 110:1 } lalu dijawabnya, 'Ajal Rasulullah saw, Allah memberitahu baginda tentangnya.' Umar berkata, 'Aku tidak tahu perkara lain kecuali seperti yang engkau tahu.'
(sahih Bukhari)
inshaAllah jika diizinkan akan sambung lagi berkenaan kiasan Nabi tentang dekatnya wafatnya...
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
alhamdulillah tahun ni IIS akan anjurkan satu program dakwah di mana satu Hi Tea akan diadakan yang targetnya 70-80% pesertanya adalah dari non-muslim.... jadi bagi kita yang beragama Islam ni yang mempunyai kawan2 non-muslim & ingin memperkenalkan Islam kepada mereka, bolehla ambil kesempatan yg ada dari program ni...
caranya, anda bole belikan satu kerusi khas utk kawan non-muslim tu...dan bagi sesape yg takde kawan non-muslim, bole juga kalau hendak menderma kerana pihak IIS ada list non muslim yg bole mereka jemput....dan sekiranya tidak mampu untuk menderma banyak...cukup sekadar termampu & duit itu akan dikumpul2 untuk dicukupkan jumlahnya kepada RM100 utk membeli satu kerusi....
secara ringkasnya ...
ratio 4:1 ... 4 non-muslim sorang muslim
so sesiapa muslim yg nak pegi jugak disyorkan beli 5 tiket, 1 tiket utk diri sendiri 4 lg untuk kawan non-muslim :) ...
atau anda bole juga tolong sebar2kan maklumat ini kepada kawan2 atau keluarga untuk membantu menjayakan program ini & paling kurang sama2 kita doakan mudahan program ini berjalan lancar & mudahan ia mencapai matlamat & berada dalam keredhaaNya ..ameen
"Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(Hadith Muttafaq 'Alaih)
Aisyah RA berkata, "aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku menemui Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?"
Baginda SAW menjawab, katakanlah:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku."
(HR At-Tirmidzi, hadith hasan sahih).
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Alhamdulillah segala pujian hanya bg Allah Ta'ala Yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Berkuasa, Dialah Yang Awal & Dialah Yang Akhir dan segala puji bagi Allah dengan nama2 serta sifat2Nya yang agung, Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam... terasa diri amat kerdil di hadapanNya..hidup di dunia hanyalah sementara dan satu masa nanti pasti akan meninggalkan segala rezeki (pemberian) yg telah Dia kurniakan utk dimanfaatkan semasa di dunia...syukur kepadaNya kerana diri ini masih dipanjangkan umur & dikurniakan dengan segala nikmat terutama nikmat iman & islam..moga umur yg masih berbaki ini sentiasa dlm keberkatanNya dan akan sentiasa di atas jalanNya yg lurus hingga ke akhir hayat...ameen..
melihatkan kematian menginsafkan diri yg entah bila akan dijemputNya..wallahua'lam..mudahan matinya aku & keluargaku nanti dalam nikmat iman & islam juga...ameen... semalam, sebelum solat terawih, 1 jenazah telah disolatkan..memang da nampak van jenazah masuk ke perkarangan masjid sebelum maghrib lagi, cume ianya disembahyangkan selepas isyak... dan tringat pula masa yang dizinkan Allah untuk berada beberapa hari di madinah & mekah tahun lepas, setiap waktu solat pasti akan ada tidak kurang 2 jenazah diusung ke dalam masjid utk disolatkan...masa di mekah, setiap hari sebelum waktu subuh, bila nampak beberapa buah van yg datang membawa jenazah pasti akan kutunggu & lihat setiap jenazah di usung masuk ke masjid dari tingkap hotel yg berdepan dengan masjidil haram ...tak tau kenapa pergerakan seakan terhenti semata2 utk melihat jenazah2 ni diusung.... terlintas beberapa perkara, ntah sudah bersedia ke sekiranya aku dijemput Ilahi... Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku.. & memang rasa insaf tambahan pula bila setiap masa diingatkan dengan kematian...tp dengan sifat pelupa yg ada pada manusia kadang2 diri teralpa juga yang satu masa dirinya juga akan dijemput utk mengadap Allah, Tuhan yang menciptakan manusia bahkan setiap apa jua yg ada di langit & dibumi....dariNya kita datang & kepadaNya kita akan kembali...moga dikurniakan teman2 yg sentiasa mengingatkan diri tentang perkara ni agar diri tidak terus terleka..ameen.. & selain dari teman2 saleh yg diharapkan, pastinya sebaik2 teman adalah al quran al kareem...
sebagai peringatan utk diri, proses kejadian manusia dan tumbuh-tumbuhan adalah bukti yg nyata tentang kebenaran hari berbangkit...
Firman Allah Ta'ala dalam surah al Hajj, surat ke 22, ayat 5-7
"Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (tua), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya (nyanyuk). Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." [5]
"Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah yang haq (Allah Tuhan yang sebenar, yang wajib disembah) dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." [6]
"dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur." [7]
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Firman Allah Ta'ala dlm surah Al A'raaf, surah ke-7 ayat 54-56 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy1. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang melampaui batas2. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik."
--------------------------
1. bersemayam di atas 'Arsy ialah satu sifat Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan kebesaran Allah dan kesucianNya.
2. maksudnya: melampaui batas tentang yang diminta dan cara meminta
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Kewafatan Rasulullah saw - Musibah terbesar :part 2
Kewafatan Rasulullah saw - Musibah terbesar :part 2
Bismillah...
Alhamdulillah segala puji bg Allah krn masih diberikn kesempatan utk berkongsi sedikit info...inshaAllah sambung skit lagi tentang musibah terbesar bagi orang2 mukmin iaitu kewafatan Nabi Muhammad saw...sesape yg ada buku 'Al Raheeq Al Makhtum:Sirah Nabawiyaah saw' karangan Sheikh Safiyyu al Rahman al Mubarakfuri atau buku2 sirah nabi yg lain bole baca kisah yang lebih lanjut berkenaan detik2 akhir kehidupan Rasulullah saw & bagaimana perasaan sedih yang menyelubungi para sahabat baginda dalam menghadapi kehilangan kekasih Allah ini...
3. Wahyu terputus dengan wafat baginda:
Terdapat riwayat daripada Anas bahawa Abu Bakar telah berkata kepada Umar selepas kewafatan Rasulullah saw, 'Ayuh kita pergi bertemu Ummu Aiman (bekas pembantu rumah Baginda saw yg diwariskan oleh ayah Baginda), kita ziarah beliau seperti mana kebiasaannya Rasulullah saw menziarahinya.' Apabila kami sampai kepada beliau, beliau menangis. Abu Bakr dan Umar bertanya, 'Kenapa kamu menangis, apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik untuk Rasulullah saw.' Ummu Aiman menjawab, 'Aku tidak menangis kerana aku tidak mengetahui apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik untuk Rasulullah saw akan tetapi aku menangis mengenangkan wahyu dari llangit telah terputus.' Mendengar ini, Abu Bakr dan Umar turut menangis.
(Sahih Muslim)
5. Perselisihan dan permusuhan akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah saw:
Terdapat riwayat daripada Abu Burdah daripada ayahnya, katanya; 'Kami solat Maghrib bersama Rasulullah saw kemudian kami berkata, 'Lebih elok kita duduk sehingga solat Isyak bersamanya.' Lalu baginda keluar kepada kami dan bertanya, 'Kenapa kamu masih di sini?' Kami menjawab, 'Wahai Rasulullah, kami solat Maghrib bersamamu kemudian kami berkata kami akan duduk sehingga kami solat Isyak bersamamu juga.' Baginda bersabda, "Bagus (tepat) amalan kamu itu.*" Kemudian Baginda melihat ke arah langit dan memang baginda sering melihat ke arah langit lalu bersabda. "Bintang-bintang adalah penyelamat bagi langit. Sekiranya bintang-bintang tiada, langit akan ditimpa bencana yang dijanjikan. Aku adalah penyelamat bagi para sahabatku. Sekiranya aku tiada, para sahabatku akan ditimpa bencana yang dijanjikan. Para sahabatku adalah penyelamat bagi para umatku. Sekiranya para sahabatku tiada, umatku akan ditimpa bencana yang dijanjikan."
(Sahih Muslim)
* di sini bole amik pengajaran juga bagaimana tarbiyah Nabi Muhammad saw terhadap sahabat iaitu memuji pada sesuatu perkara yg betul @ baik sebagai motivasi...dan sekiranya ianya tidak betul, Rasulullah saw akan menegur bagi memperbaiki sesuatu amalan itu.
...inshaAllah jika berkelapangan akan disambung lagi dengan petanda2 & kiasan Nabi tentang dekatnya kewafatan Baginda saw...& satu lagi, teringat topik 'shafaat pada masa hari akhirat' masih belum sempat dimasukkan di sini...inshaAllah akan dimasukkan kemudian sebab terasa nak kongsi tentang kewafatan Rasulullah saw ni dulu...mudahan ada manfaat & supaya kita lebih alert & moga akan menjadi umat Nabi Muhammad saw yg terbaik dengan mengikuti sunnah Baginda saw yang sahih dalam setiap amalan kehidupan kita baik yg khusus ataupun yg umum & doakan mudahan kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang akan mendapat shafaat dari Nabi Muhammad saw semasa di akhirat nanti dengan izin dan rahmat Allah Ta'ala...ameen Ya Rabbal 'alameen...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabda Rasulullah saw;
"Barangsiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang puasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang berpuasa) tanpa dikurang ganjaran orang yang berpuasa itu sedikitpun."
(HR at Tirmidhi, 807 & disahihkannya)
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...