...~ "Be in this world as though you were a stranger or a traveler/wayfarer."
"When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death." [Sahih Bukhari] ~...
diri ini... hanyalah seorang pengembara di bumi Allah... tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya pinjaman dariMu... dariMu aku datang, kepadaMu jua aku akan kembali... sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMu dalam setiap apa yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi, hanya padaMu aku berserah... moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMu dalam menempuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam yang abadi...ameen
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. All praises and thanks are Allah's, the Lord(Rabb) of the 'Alamin (mankind, jinn and all that exists). The Most Graciuos, the Most Merciful. The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e the Day of Resurrection). You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything). Guide us to the Straight Way. The way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger, nor of those who went astray.
al-Fatihah 1-7
~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud, "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah jadikan baginya kesukaan dari tiap-tiap kesusahan dan Allah jadikan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan dan Dia rezekikan kepadanya dari jurusan yang dia tidak sangka-sangka."
- Abu Daud -
~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,
"Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya."
-Riwayat Ahmad-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk....ameen
-Sahih an Nasai-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri
(al-Ahqaaf 46:15)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"This day I have perfected your religion for you, completed My Favour upon you, and have chosen for you Islam as your religion" (Al-Maidah 5:3)
Jangan Beralasan Anda Jahil Terhadap Suara Hati Anda
Jangan Beralasan Anda Jahil Terhadap Suara Hati Anda
petikan: Jangan Beralasan Anda Jahil
oleh: Harun Yahya
Bismillah
Sepanjang hayat, manusia sentiasa diuji dgn insiden-insiden yg dilaluinya dan juga adanya suara hati. Semasa ujian ini, kita akan menghadapi 2 pilihan: samada kita menuruti suara hati yg diilhamkan oleh Tuhan atau kita menuruti nafsu semata2 yg selalunya mendorong ke jalan yg salah. Allah telah menarik perhatian kita kpd 2 'suara' ini melalui ayat yg berikut;
"Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan kejadiannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa."
(as-Syams:7-8)
Nafsu manusia selalunya mudah mendorong kepada sikap menentang, zalim dan tidak menurut perintah2 Allah. Ia sebenarnya lebih mudah menuruti arahan2 syaitan yg memesongkan manusia drp mencari keredhaan Allah. Syaitan melakukannya dgn halus sekali. Sekiranya manusia enggan mendengar rasa hatinya yg suci, beliau akan mudah dipengaruhi oleh bisikan2 syaitan.
Namun dlm apa jua keadaan, suara hati ini selalunya terpendam sehinggalah saat akhir usia manusia. Pada waktu itu walaupun berlakunya bisikan2 syaitan, suara hati tersebut mengarahkan manusia utk melakukan perbuatan yg diredhai.
Ini adalah satu sistem yg tidak ada tolok bandingnya yg telah dianugerahkan Allah kepada kita. Semua manusia, tanpa mengira pengalaman hidupnya, ke mana akan pergi atau asal-usulnya, beliau tetap memiliki panduan ke jalan yg lurus. Ingatlah, anda sentiasa memiliki panduan ke jalan yg benar. Janganlah berpura2 tidak tahu mengenai suara hati ini.
Tambahan pula, suara hati bukanlah satu nikmat yg hanya dianugerahkan kpd orang2 beriman. Ia wujud juga dalam semua individu, termasuk yg tidak beriman. Namun, perbezaannya ialah org beriman menuruti suara hatinya. Orang2 yg tidak beriman memenuhi kehendak nafsunya walaupun suara hatinya menyebut perkara yg lain.
Seseorang itu sepatutnya berasa risau sekiranya tidak dapat membezakan antara kedua2 suara hati ini. Namun, ingatlah bahawa suara hati kita tidak pernah gagal untuk melihat melihat kebenaran walaupun seketika; dgn serta merta ia mengatakan kebenaran. Nafsu pula memberikan pelbagai alasan. Nafsu jahat selalunya mendorong seseorang itu agar tidak melaksanakan apa yg digalakkan oleh suara hatinya. Dengan kata lain, apabila berhadapan dgn suatu insiden, sangkaan awal yg terlintas itu adalah suara hati. Sedangkan semua bentuk alasan yg kita ada2kan adalah dari nafsu. setiap kali anda terdengar suara hati anda, janganlah pura2 tidak memahaminya. Suara hati yg baik mengajak kita mendapatkan keredhaan Allah.
Sekiranya seseorang itu kerap mengabaikan suara hatinya, lama kelamaan ia akan menjadi hamba kpd nafsunya sendiri. Akhirnya ia akan gemar melakukan sesuatu yg zalim (merosakkan diri). Walaupun sikap seumpama ini hanya membayangkan keutamaan yg diberikan oleh seseorang, sebenarnya beliau telah gagal dalam ujiannya. Akibatnya, beliau boleh kehilangan kehidupan abadi yg diredhai & terpaksa melalui kehidupan akhirat yg merugikan. Manusia bertanggungjawab atas dirinya sendiri sebagai hamba Allah. Kejayaannya hanya boleh dicapai sekiranya beliau bertindak selaras dengan Al-Kitab dan menuruti suara hatinya. Di dalam al-Quran, Allah telah megishtiahrkan bahawa semua orang yg berpura2 tidak memahami fakta ini sebagai 'gagal'; seperti dalam firmanNya (al-Syams:7-8).
Pastinya semua orang mempunyai pengalaman betapa pedihnya sesuatu sesalan. Punca utama perasaan seperti ini adalah akibat tidak mendengar suara hati sendiri, yg sebenarnya bertindak sbg satu amaran kpd manusia. Di dlm keadaan yg tertentu, keperitan ini hanya dapat diubati dgn membetulkan kesilapan yg telah dilakukan atau mengubah keutamaannya selama ini. Proses ini boleh menjadi satu yg berat utk dilaksanakan. Oleh itu, jgnlah pura2 tidak memahami semasa anda benar2 menyesal. Sesalan ini membuktikan kesilapan2 yg pernah anda lakukan, suara hati anda pula telah menerangkan apakah dan dimanakah kesilapan yg telah anda lakukan. Rebutlah peluang ini utk memperbaiki diri anda selagi masa masih ada. Sekiranya tidak, di akhirat kelak, anda akan menyesal tidak terhingga selama-lamanya sehingga diampunkan oleh Allah yang Maha Pengampun.
Walaupun diri anda sukar menuruti suara hati, janganlah berpura2 tidak mengetahui bahawa suara hati anda sebenarnya membimbing ke jalan yg benar. Ingatlah Allah memiliki suara hati yg mutlak. Sekiranya anda berterusan mengikut ajaran Al-Quran dan sentiasa peka kpd suara hati anda, Allah SWT akan menganugerahkan anda balasan yg tidak terhingga walaupun perbuatan2 anda itu nampaknya remeh sahaja. Di sebaliknya, bagi orang2 yg berterusan bersikap jahil kpd ajaran Al-Quran dan suara hati mereka , sudah tentu balasan Allah tidak akan sama.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
segala puji bg Allah krn diri ini masih dpt merasai nikmat yg Dia berikan terutama sekali nikmat iman & Islam...kerana sesungguhnya Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang. segala puji & syukur pada Allah kerana masih memberikan ketenangan & ketabahan di hati hambaNya yg kerdil ini walaupun berhadapan dgn ujian yang tak diduga....hanya padaNya ku mohon kekuatan agar dapat meneruskan kehidupan ini seperti biasa & sentiasa di atas jalan yg diredhaiNya...ameen
semalam ajak mas tido kat rumah sebabnya ingat nak ke kelas kul 8 pagi.. tp bila kol hajar, dpt tahu kelas cancel plak..so tukar perancangan alang2 da free ari ni...mas belanja makan.. ermmm...fav food plak tu..alhamdulillah rezeki..asalnya perancangan ari isnin dan nk belanja orang lain tapi sebab da temankan die, so kire makan sekali la :) ape2 pun time kasih buat adik berdua krn sentiasa bersama akak dlm waktu susah & senang.
May Allah stay with u today and give u peace of mind, taufiq wal hidayah, may He give u a happy heart and His love all the time..good luck
-adik dr madinah-
i know u r so-so B U S Y, But.. take 3 seconds to ZIKIR to ALLAH ..SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH.. ALLAHUAKBAR. May ALLAH bless u...
-cha'um-
A FRIEND like you is a gift that paints a smile in my HEART.. it gives memories that will stay in me.. not for a while, but for a.. L-I-F-E-T-I-M-E.
-hanim-
kul 3 pg td dpt msg dr sorang junior..
sesungguhnya dunia ini hanyalah DARUL IBTILAK...Utk diuji..Maka bersyukurlah kita ats segala nikmat yg dikurniakan..Jgn sekali2 b'putus asa dgn RAHMAT ALLAH.. sesungguhnya setiap ujian dan dugaan adalah tarbiyyah drp Allah utk tingkatkn iman kite..Sekdr renungan.ALLAHUA'LAM.
dan ptg td dpt msg dr sorang junior yg lain...
Letaklah kasih krn ALLAH, psti hidupmu lebih terARAH. Setiap saat dipayungi RAHMAH, hati tenang hilang RESAH. Segala takdir PASRAH DITADAH, Gelora dugaan dihadapi TABAH...
msg akhir setakat ni kul 3.33 ptg..dapat satu berita sedih & yg mengejutkan...'Ayah dah tak de'..sedar ngan msg ni dalam kul 3.45 masa queue nk bayar barang...sebelum tu dia da call tp tak sedar sbb tengah membeli barang2 dapur kat carrefour...sama2la kita sedekahkan al-fatihah buat arwah...moga ruhnya ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman...ameen. diri ini timbul rasa bersalah sebabnya cadangan asal nk turun taiping lagi dlm minggu ni utk ziarah ayahnya di hospital...tp perancangan hanya tinggal perancangan disebabkan ada sedikit masalah di saat akhir yg perlu diselesaikan menyebabkan diri ini terlupa akan perancangan asal minggu ni. masa drive balik kol kawan ni bertanya khabarnya..ermm...sedih bila dengar die menangis..sempat berikan sikit kata nasihat & semangat..then die ckp, takpe mmg die, mak & kuarga die redha ayah da pergi. ermm..diri ini terfikir, memangla sedihkan bila kehilangan org yg tersayang..tp inilah lumrah kehidupan..setiap org pasti akan merasai perpisahan itu..hidup di dunia hanyalah sementara.. setiap dari kita pasti akan kembali kepada Tuhan yang menciptakan kita. sampai rumah kol ayah bg tahu ttg berita ni dan cuba minta kebenaran nk balik taiping, drive sorang2..tp ayah tk bagi, sbb jauh katanya...ntahla klu ikutkan hati mmg nak pergi je.. hanya doa yg dpt kusampaikan agar segala urusan pengurusan jenazah berjalan lancar & dipermudahkanNya...ameen
sekadar renungan....
"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan"
(al-Fussilat:49)
semoga diri ini dijauhkan dari sifat putus asa & sentiasa digolongkan dalam golongan org2 yg bersabar...kerana apa yg terjadi sudah tertulis dan adalah ketentuan Ilahi...teruskan hidup dengan menggantungkan PENGHARAPAN & KEPERCAYAAN YANG PENUH HANYA PADA DIA....ALLAH YANG MAHA ESA..KERANA DIA PEMILIK DIRI INI.....bukan pada yg lain.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
BismillahirraHmaanirraHeem (In the Name of Allah the Most Gracious Most Merciful)
Khaatam al-nabiyyin (penutup segala nabi) seperti yang kita ketahui adalah Muhammad saw. tapi apakah dalil terhadap perkara ini?
Firman Allah Ta'ala (al-Ahzab-33:40)
"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi.."
Sabda Rasulullah saw:
"Sesungguhnya akan wujud di dalam umatku 30 pembohong. Semuanya mendakwa bahwa dia adalah nabi sedangkan aku adalah penutup segala nabi. Tiada nabi selepasku."
(HR at-Tirmizi)
Sabda Rasulullah saw:
"Tidakkah engkau redha mendapat kedudukan denganku seperti kedudukan Harun dengan Musa, cuma bezanya ialah tiada nabi selepasku"
(HR al-Bukhari & al-Muslim)
Sabda Rasulullah saw tentang dajjal:
"Sesungguhnya dia bermula dengan berkata 'Aku adalah nabi" sedangkan tiada nabi selepasku."
(HR Ibnu Majah)
Apakah keistimewaan Nabi kita Muhammad berbanding dengan nabi-nabi yang lain?
Nabi saw mempunyai pelbagai keistimewaan dan perkara2 ini telahpun dikarang oleh para ulama'. Di antaranya ialah:
penutup segala nabi
penghulu anak-anak Adam seperti mana ditafsirkan firman Allah Ta'ala (al-Baqarah:2:253) "Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian mereka ats sebagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya1 beberapa darjat" ...1 yakni Nabi Muhammad saw. Sabda Rasulullah saw: "Aku adalah penghulu anak Adam pada hari Kiamat dan orang pertama dibuka kuburnya serta orang pertama memberi syafaat dan diterima syafaatnya."
dia diutuskan kepada semua manusia dan jin. Firman Allah Ta'ala (al-A'raaf:7:158) yang bermaksud; "Katakanlah 'Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua..'" dan firman Allah Ta'ala dalam al-Furqan:25:56; "Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa khabar genbira dan pemberi peringatan." Sabda Rasulullah saw: "Aku telah diberi lima perkara yang tidak diberi kepada seorangpun dari kalangan para nabi sebelumku. Aku dibantu dengan perasaan takut (musuh) selama sebulan (sebelum bertempur). Bumi dijadikan tempat solat dan penyuci bagiku; sesiapa sahaja dari kalangan umatku yang wajib solat hendaklah dia bersolat (di mana sahaja). Dihalalkan kepadaku harta rampasan perang. Setiap nabi diutuskan kepada kaumnya sahaja sedangkan aku diutuskan kepada sekalian manusia. Aku juga diberi hak syafaat." (HR al- Bukhari) dan sabda Rasulullah saw lagi; "Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di dalam tanganNya, tidak seorang pun dari umat ini samada Yahudi atau Nasrani yang mendengar tentangku kemudian dia mati tanpa beriman dengan apa yang aku diutuskan dengannya kecuali dia menjadi salah seorang dari ahli ahli neraka." (HR al-Muslim)
Alhamdulillah akhirnya dapat juga letakkan sikit pengisian di sini setelah beberapa lame hanya isikan dengan pengalaman dlm kehidupan..doakan mudahan dapat istiqamah dalam menyampaikan sedikit ilmu yang ada utk manfaat bersama...ameen.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Alhamdulillah..segala perancangan minggu lepas berjalan dgn lancar kerana Dia, Allah Yang Maha Berkuasa telah mempermudahkan sgala urusan hambaNya yang lemah ini ...walaupun agak penat & terkejar2 & juga terpaksa berkorban beberapa perkara. Alhamdulillah...yg pastinya conference thn ni tidak spt tahun lepas..then balik ke taiping dengan tujuan yg terlaksana walaupun ade sedikit rintangan semasa hendak sampai ke sana..ape pun alhamdulillah krn telah selamat pergi & kembali
hati masih risaukan keadaan seorang teman yg tidak sihat sejak ahad lps..tak tahu keadaan dirinya sekarang ni bagaimana.. ermm..ape2pun serahkan pd Dia Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu..hidup harus diteruskan..& hanya doa yg dpt kupanjatkan.. mudahan kesihatannya semakin baik, sentiasa dlm ketenangan, semoga segala urusan dipermudahkan & dapat terus berbakti pd Allah Yang Maha Esa...jg semoga sentiasa dlm rahmat & lindungan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...ameen
petang td, sesampai dr taiping, seusai solat...ketika diri masih di tikar sejadah dgn hati yg sedang berbicara, mencari jawapan pd satu persoalan...tetibe dapat sms:
ada tak wanita yg sanggup mnjadi janda oleh krn suaminya brcita2 utk syahid, menyayangi suaminya hanyalah krn Allah,snggup dirinya brkhdmat utk ke2 ibubapa suaminya, tk terlalu mengejar dunia, baginya cukuplah di sisinya seorg suami yg soleh petunjuk jln ke arah syurga Allah, dirinya penyejuk mata suami, sayap kiri prjuangan. masih adakah srikandi sprt ini...
subhanallah...macam2 perasaaan timbul bila baca sms ni & terus teringat pada seorang teman..tapi... tak mungkin & tertanya2 siapa pulak yg bg msg ni sbb no yg keluar tu dr area tanah arab...& mmg tkde dlm simpanan fon book..just reply..tiada yg mustahil di dunia ini sekiranya Allah ingin melahirkn srikandi yg rindukn syurgaNya d zmn ini etc.... ermm..at last dpt tahu jg siapa yg bg sms ni...sorang shbat dr madinah. da lama lost contact & tk de khabar berita..tetibe je dpt msg ni:)...segalanya dengan takdir Allah...inshaAllah..akak doakan awk akan bertemu ngan apa yg diimpikan & mudahan sgala cita2 akan tercapai...ameen..& study smart & semoga tergolong dlm golongan anak2 yg soleh & dlm golongan orang2 yg beruntung di akhirat sana...ameen Ya Rabb
6 formula supaya diri tidak berdukacita:
yakin sepenuhnya kpd Allah
sedar bahwa semua yg sudah Allah takdirkan pasti akan berlaku
sabar adalah senjata paling berkesan yang digunapakai oleh orang2 yg mendapat ujian
jika diri tidak sabar, lalu apa yg boleh dilakukan...pastinya diri tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah..so, fikir2kan
mungkin sahaja diri akan berada dalam keadaan yg lebih buruk daripada keadaan skrg ini, wallahu'alam
dari semasa ke semasa, inshaAllah jalan keluar akan terus terbuka
sumber: la tahzan
ok, semoga hari2 mendatang akan lebih baik dari hari ini & semalam, inshaAllah...
.. HasbunaaLlahhu wani'malwakiil .. .."Cukuplah Allah bagi kami dan Dia (bagi kami) adalah sebaik-baik Pelindung"..
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
hari2 terus berlalu..pelbagai rencah kehidupan dilalui dengan pelbagai emosi ciptaan Yang Maha Suci, Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu...sememangnya diri ini hanyalah insan yg lemah lagi dhaif.
4 pg..dikejutkan dengan berita kembalinya ayah mas ke rahmatullah..sesungguhnya, drNya kita datang & kepadaNya kita akan kembali.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh...al-fatihah buat arwah...ameen.
9++ pg..dpt sms dr kawan baik sejak dr sekolah menengah..berita tentang ayahnya yg sedang nazak..diri ini memang sudah bercadang utk turun ke taiping jumaat ini untuk ziarah ayah & keluarganya..teringat zaman sekolah dulu..pernah beberapa hari menginap di rumahnya utk membantu serba sedikit masa kenduri kawin kakak dia..memang da rapat, dan da macam kuarga sendiri..jd semua perkembangan kuarganya pasti akan diberitahu walau ape jua keadaan. terfikir..entah sempat atau tidak untuk bertemu dgn pakcik yussof..mudahan ayahnya dpt kuatkan semangat untuk terus hidup..hanya Allah yg lebih mengetahui segalanya. semoga dipermudahkan apa2 yg terbaik buat hambaNya yg lemah ini.
diri ini masih disibukkan dengan kertas kerja & jurnal yang harus disiapkan dalam minggu ini juga..alhamdulillah satu kertas kerja sudah pun disiapkan kul 4 pagi semalam..rasanya sudah hampir 2 minggu cuba untuk menyiapkan, Alhamdulillah akhirnya siap jg..sekarang ni tengah tunggu supervisor semak & mungkin kene buat pembetulan pula selepas ni...
rabu & khamis ni ada presentation utk conference..slide show masih dalam proses..mudahan segalanya dipermudahkan Allah...esp hari presentation nanti..ameen..taknak jadi macam tahun lepas...lepas present rasa mcm nak pitam...sbb nervous sgt + demam yg sudah seminggu tak sembuh2 masa tu
terasa masih banyak yang perlu diperbaiki untuk diri ini..terasa seperti makin hari makin leka...sedangkan sudah banyak peringatan yang Allah berikan..insaflah wahai diri..jangan terlalu leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini...mudahan akan terus menjadi hambaNya yang istiqamah & sentiasa dlm pimpinanNya..peka pada setiap apa yang datang dariNya..sabar & terus bersyukur...serta berada di bawah keredhaanNya..mudahan diterima setiap amalan & diterima sebagai hambaNya yang soleh...ameen
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Ayah 53: "This is because Allah has never changed a favor which He has conferred upon a people until they change their own condition; and because Allah is Hearing, Knowing."
[11.Surah Hud]
Ayah 6: "And there is no animal in the earth but on Allah is the sustenance of it, and He knows its resting place and its depository all (things) are in a manifest book."
[16.Surah An-Nahl ]
Ayah 78: "And Allah has brought you forth from the wombs of your mothers-- you did not know anything-- and He gave you hearing and sight and hearts that you may give thanks."
Ayah 79: "Do they not see the birds, constrained in the middle of the sky? None withholds them but Allah; most surely there are signs in this for a people who believe."
Ayah 80: "And Allah has given you a place to abide in your houses, and He has given you tents of the skins of cattle which you find light to carry on the day of your march and on the day of your halting, and of their wool and their fur and their hair (He has given you) household stuff and a provision for a time."
Ayah 81: "And Allah has made for you of what He has created shelters, and He has given you in the mountains places of retreat, and He has given you garments to preserve you from the heat and coats of mail to preserve you in your fighting; even thus does He complete His favor upon you, that haply you may submit."
Ayah 82-83: "But if they turn back, then on you devolves only the clear deliverance (of the message). They recognize the favor of Allah, yet they deny it, and most of them are ungrateful."
[36. Surah Yaseen]
Ayah 33: "And a sign to them is the dead earth: We give life to it and bring forth from it grain SQ they eat of it."
Ayah 34: "And We make therein gardens of palms and grapevines and We make springs to flow forth in it."
Ayah 35:That they may eat of the fruit thereof, and their hands did not make it; will they not then be grateful?
Ayah 36: Glory be to Him Who created pairs of all things, of what the earth grows, and of their kind and of what they do not know.
Ayah 37: "And a sign to them is the night: We draw forth from it the day, then lo! they are in the dark.
Ayah 38-40: "And the sun runs on to a term appointed for it; that is the ordinance of the Mighty, the Knowing. And (as for) the moon, We have ordained for it stages till it becomes again as an old dry palm branch. Neither is it allowable to the sun that it should overtake the moon, nor can the night outstrip the day; and all float on in a sphere."
Ayah 41-44: "And a sign to them is that We bear their offspring in the laden ship. And We have created for them the like of it, what they will ride on. And if We please, We can drown them, then there shall be no succored for them, nor shall they be rescued. But (by) mercy from Us and for enjoyment till a time."
[35. Surah Fatir]
Ayah 3: "O men! call to mind the favor of Allah on you; is there any creator besides Allah who gives you sustenance from the heaven and the earth? There is no god but He; whence are you then turned away? "
[67 Surah Al-Mulk : Ayah 1-4]
Ayah 1: "Blessed is He in Whose hand is the kingdom, and He has power over all things."
Ayah 2: "Who created death and life that He may try you-- which of you is best in deeds; and He is the Mighty, the Forgiving."
Ayah 3: "Who created the seven heavens one above another; you see no incongruity in the creation of the Beneficent God; then look again, can you see any disorder?"
Ayah 4: "Then turn back the eye again and again; your look shall '~ come back to you confused while it is fatigued."
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Bismillah...segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. segala puji hanyalah untuk Dia, kerana diri ini masih lagi dapat meneruskan kehidupan di dunia yg sementara ini dan melalui pelbagai pengalaman serta dpt melihat dan merasai akan kehidupan ini dari pengalaman orang lain. hari ni, alhamdulillah seperti yang dirancang dengan na & ainul, dapat jua diri ini melawat ayah mas di hkl yg sedang menanggung sakit yg agak kronik. bila melawat orang sakit & mendengar penderitaan yang sedang di alami diri ini terasa insaf & kerdil...ingat akan diri yg lemah ini, entah mampu utk menanggung atau tidak sekiranya diuji sedemikian..dan terasa betapa pentingnya nikmat kesihatan yang diberi oleh Allah yg kadangkala diri ini leka untuk mensyukurinya. Ya Allah, sesungguhnya padaMu aku bermohon agar sentiasa dalam rahmatMu, sentiasa tergolong dalam golongan orang yg bersyukur & bersabar dalam apa jua keadaan..ameen. lihat keadaan mas dan abang2nya juga turut menginsafkan..tabahnya mereka & alhamdulillah kerana ayah mereka mempunyai anak seperti mereka yg cukup mengambil berat & bertanggungjawab. mudahan segala urusan mereka akan dipermudahkan Allah & sentiasa dalam lindungan Allah swt. dan mudahan mas dapat selesaikan pengajiannya dlm sem ni juga walaupun tak dapat nak menghadiri kelas sbb kena jaga abah dia 24 jam...segalanya hanya Allah yang tahu & Dialah penentu segalanya. kita sebagai hambaNya, harus terus berusaha meneruskan kehidupan di dunia ini dengan berbekalkan keyakinan pada Yang Esa.
Alhamdulillah jg sbb malam ni dapat jumpa dgn k.khaza spt yg telah dirancangkan...sebelum ni pernah rancang utk bertemu tp tak diizinkan Allah. selama setahun lebih tak jumpa rasanya & akhirnya malam ni dpt jg bertemu..yela takut2 nanti kene posting ke serawak lagi, mungkin lama lagi tak dapat bertemu. sahabat satu kolej masa degree dulu & banyak kenangan pahit manis dilalui bersama. sememangnya terasa sangat kemanisan ukhuwah yg terbina walaupun terpisah dek jarak & waktu..bak kata pepatah, walaupun jauh di mata tp dekat di hati, inshaAllah. dan sesekali jumpa rasa syahdu pula bila nak berpisah semula. inilah lumrah kehidupan, bertemu & berpisah memang tak dapat lari dari kehidupan manusia. semoga ukhuwah kita semua akan sentiasa subur sepertimana suburnya iman kita, inshaAllah..kerana segalanya bermula dari hubungan manusia dengan penciptanya. dan mohon kemaafan dengan kekurangan diri ini kerana diri ini hanyalah insan yang lemah yang seringkali leka..tegurlah & bimbinglah agar kita sama2 dapat menjadi insan yang lebih baik & tergolong dalam golongan orang2 yang dicintaiNya & dalam golongan orang yang beruntung....ameen ya Rabb
sememangnya kita merancang & berusaha, Allah juga merancang & perancangan serta ketentuan Allah itu jualah yang terbaik ke atas setiap hamba2Nya. Ya Allah, tetapkan hati kami dalam keimanan & agamaMu serta tempatkanlah diri kami dalam golongan orang2 yang sentiasa sabar & bersyukur kepadaMu...perkenankanlah doa kami Ya Allah...ameen.
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...
Ayah 3-7:"He created the heavens and the earth with the truth, highly exalted be He above what they associate (with Him). He created man from a small seed and lo! he is an open contender. And He created the cattle for you; you have in them warm clothing and (many) advantages, and of them do you eat. And there is beauty in them for you when you drive them back (to home), and when you send them forth (to pasture). And they carry your heavy loads to regions which you could not reach but with distress of the souls; most surely your Lord is Compassionate, Merciful."Ayah 8-11:"And (He made) horses and mules and asses that you might ride upon them and as an ornament; and He creates what you do not know. And upon Allah it rests to show the right way, and there are some deviating (ways); and if He please He would certainly guide you all aright. He it is Who sends down water from the cloud for you; it gives drink, and by it (grow) the trees upon which you pasture. He causes to grow for you thereby herbage, and the olives, and the palm trees, and the grapes, and of all the fruits; most surely there is a sign in this for a people who reflect."
Ayah 12-14:"And He has made subservient for you the night and the day and the sun and the moon, and the stars are made subservient by His commandment; most surely there are signs in this for a people who ponder. And what He has created in the earth of varied hues most surely there is a sign in this for a people who are mindful. And He it is Who has made the sea subservient that you may eat fresh flesh from it and bring forth from it ornaments which you wear, and you see the ships cleaving through it, and that you might seek of His bounty and that you may give thanks."
Ayah 65-67:"And Allah has sent down water from the cloud and therewith given life to the earth after its death; most surely there is a sign in this for a people who would listen.
Ayah 68-69:"And your Lord revealed to the bee saying: Make hives in the mountains and in the trees and in what they build: Then eat of all the fruits and walk in the ways of your Lord submissively. There comes forth from within it a beverage of many colours, in which there is healing for men; most surely there is a sign in this for a people who reflect"
Ayah 58-62:"Have you considered the seed? Is it you that create it or are We the creators? We have ordained death among you and We are not to be overcome, In order that We may bring in your place the likes of you and make you grow into what you know not. And certainly you know the first growth, why do you not then mind?"
Ayah 63-67: "Have you considered what you sow? Is it you that cause it to grow, or are We the causers of growth? If We pleased, We should have certainly made it broken down into pieces, then would you begin the lament: Surely we are burdened with debt: Nay! we are deprived."
Ayah 68-70: "Have you considered the water which you drink? Is it you that send it down from the clouds, or are We the senders? If We pleased, We would have made it salty; why do you not then give thanks? "
Ayah 71-74: "Have you considered the fire which you strike? Is it you that produce the trees for it, or are We the producers? We have made it a reminder and an advantage for the wayfarers of the desert. Therefore glorify the name of your Lord, the Great."
"Or, Who has created the heavens and the earth, and Who sends you down rain from the sky? Yea, with it We cause to grow well-planted orchards full of beauty of delight: it is not in your power to cause the growth of the trees in them. (Can there be another) god besides God? Nay, they are a people who swerve from justice."
"Or, Who has made the earth firm to live in; made rivers in its midst; set thereon mountains immovable; and made a separating bar between the two bodies of flowing water? (can there be another) god besides God? Nay, most of them know not."
Ayah 62: "Or, Who listens to the (soul) distressed when it calls on Him, and Who relieves its suffering, and makes you (mankind) inheritors of the earth? (Can there be another) god besides God? Little it is that ye heed!"
Ayah 63: "Or, Who guides you through the depths of darkness on land and sea, and Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before His Mercy? (Can there be another) god besides God?- High is God above what they associate with Him! "
Ayah 64: "Or, Who originates creation, then repeats it, and who gives you sustenance from heaven and earth? (Can there be another) god besides God? Say, "Bring forth your argument, if ye are telling the truth!"
...segala puji bagi Allah & kepadaNya kita mohon keampunan...