|
![]() dah lama sangat tak update blog ni... kerja yang tak pernah putus... bermula dari semester baru yang menuntut pengorbanan masa untuk dikongsikan bersama pelajar-pelajar yang dipertanggungjawabkan dalam memberikan kefahaman kepada mereka... berterusan dengan penyediaan soalan dan jawapan tutorial, assignement, test & exam... selesai peperiksaan, sudah pasti semua pensyarah akan disibukkan pula dengan memeriksa kertas jawapan dan seterusnya memasukkan markah ke sistem sebelum meeting majlis pembentangan markah diadakan.. beginilah secara umumnya kerja-kerja pengajaran di setiap semester.. belum masuk lagi dengan kerja2 pengurusan, pembelian barang makmal dan yang tak boleh diketepikan adalah research.. tapi diri ini masih belum dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada research.. hanya sekadar mencari info di internet untuk mendapatkan idea tapi belum menjalankan apa-apa research.. target bagi 2009, inshaAllah kena ada 1 research dalam bidang elektromagnetik selain dari menjadi co-supervisor untuk grant science fund seorang teman seperjuangan yang bukan dari bidang yang sama... kekerapan balik ke usj juga dah tak seperti sebelum ni...selalunya akan cuba balik seminggu sekali, paling lama pun 2 minggu sekali....tapi sejak kebelakangan ni, hanya dapat balik 3 minggu sekali atau pada cuti panjang... harap sem yang akan datang dapat kembali kepada kekerapan asal balik kampung untuk bersama keluarga...rasa rindu sudah terasa..tak sabar nak balik raya haji nanti.. tika ini, seperti hujung semester lepas, diri ini dan beberapa wakil dari pusat-pusat pengajian yang lain sedang sibuk menyediakan jadual waktu untuk semester baru.. bekerja pada hari sabtu dan ahad..mudahan penyediaan jadual waktu kali ini lebih mudah urusannya berbanding sem-sem lepas...ameen.. masih ada beberapa kerja yang perlu dilaksanakan sebelum hujung tahun 2008.. kursus induksi yang perlu dihadiri dari 24 November hingga 5 Disember.. kursus motivasi bagi pensyarah pada 12-14 Disember, Bengkel Teknik Pengajaran Berkesan dengan Power Point 16-17 Disember dan seterusnya, perlu menguruskan perjalanan mesyuarat Program Kejuruteraan Bioperubatan bersama pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dari UM dan UTM pada 22 Disember.. mudahan segala gerakkerja berjalan lancar tika diri disibukkan dengan kursus dan dengan cuti yang banyak di hujung2 tahun ni... cuti krismas mungkin tak balik sebab dah kena mula proses menambahbaikkan nota kuliah subjek Elektromagnetik bagi semester akan datang yang akan bermula pada 30 Disember... dan yang pasti, 4 eksperimen baru akan dijalankan pada sem depan memerlukan modul lab yang baru..mudahan segalanya berjalan lancar & yakin bahawasanya Allah tidak akan membebani hambaNya dengan perkara yang tidak sanggup ditanggunginya...ameen.. |
| Leave a Comment: |